Aku sebenarnya bukanlah penggemar tegar makanan western. Spaghetti, pasta atau chicken chop bukanlah favourite aku apatah lagi lamb chop (sebab aku tak makan kambing). Tapi bila Jamie Oliver si tukang masak hebat berbangsa British tu memasak, banyak betul resepi dia yang aku nampak macam sedap je. Ada la beberapa yang aku dah cuba sebelum ni n hasilnya tak mengecewakan.
Bila nak masak aku tengok le kat internet. Masalahnya susah jugak nak tengok resepi dari tab. Oleh kerana tu aku pun gigih le mencari dan mengumpul Jamie's cookbooks. Mula-mula aku cari kat carboot sale kalau kebetulan kami ke mana-mana carboot sale. Tapi rupanya tak mudah nak dapat Jamie Oliver punya cookbooks. Maybe sebab buku-buku dia sangat hot dan dijadikan koleksi. Aku tak pernah jumpa jual kat carboot kecuali 2 buku yang kurang popular. Yang aku jumpa dua tu pon aku beli salah satu je sebab yang satu lagi tu aku tak aim nak beli n harganya pon masih mahal untuk harga carboot sale. Pastu aku try le cari kat eBay buku-buku Jamie yang aku aim. Then aku realized yang second pon mahal jugak. Actually buku dia yang aku nak sangat tu ada dua je: Jamie 15-Minute Meals and Jamie 30-Minute Meals. Lain-lain tu kalau dapat murah-murah kira bonus le. Seterusnya aku pon survey harga buku baru. Oooo...rupanya harga buku yang aku nak tu kalau masa offer boleh dapat lebih murah dari harga second yang jual kat eBay.
Jadi aku pon tunggu le mana-mana online seller jual n finally syukur Alhamdulillah.dapat le beli Jamie 15-minute Meals cookbook dangan harga £9.99. Mahal jugak le tapi kira murah dah le berbanding dengan harga asal dia £26! Nasib baik tak beli dengan harga £26 kat WH Smith bookstore last few weeks. Masa tu memang hati dah meronta-ronta nak sangat buku tu. Kalau tak mesti ralat sebab boleh dapat jauh lebih murah. Kalau ada jual kat carboot lepas ni lagi murah pon taklah ralat sangat sebab aku dah guna dulu buku tu sebelum jumpa kat carboot sale (ayat nak sedapkan hati). Hehehe.....
Lepas ni misi mencari Jamie 30-Minute Meals pulak. Jangan tak tau yang buku aku aim seterusnya ni adalah buku Jamie yang mencatat rekod the UK's fastest selling non-fiction title dengan 735 000 copies terjual dalam masa 10 minggu! Oleh kerana satu ni je lagi tinggal buku Jamie yang aku nak sangat, aku nak try cari kat carboot sale je dulu. Kalau sempat gi carboot sale la.
No comments:
Post a Comment