Thursday, January 22, 2015

Snow Turun Sekali Lagi

Alhamdulillah. Allah telah makbulkan doa kami untuk merasa main snow tahun ni. Jangan tak tau, sebelum tido kami dan anak-anak sama-sama berdoa supaya Allah beri peluang untuk main snow lepas kami terlepas peluang snow lebat Disember tahun lepas. Aku pada mulanya agak kecewa waktu awal pagi tadi bila tengok semula ramalan cuaca menunjukkan sleet almost sepanjang hari. Tapi ramalan nampaknya tak tepat lagi. Sleet diselangi snow yang menjadikan snow masih tetap kelihatan di tanah. 

Tapi snow taklah setebal yang diramalkan kelmarin. Jadi skolah jalan macam biasa. Bila sleet turun aku jadi gelisah sebab takut tak sempat nak main sementara kena tunggu Ismael balik dari school. Hehehe....beria kan? Bila Ismael balik je dari school kami cepat-cepat bersiap gi main sledging kat High Hazels Park, tak jauh dari rumah kami. 

 Dua budak kecik yang dah tak sabar nak main snow















Main snow tu memang diidam-idam tapi yang paling nikmat sebenarnya bila dapat tengok pemandangan bersalji dan salji turun depan mata. Syukur tak terhingga di atas peluang melihat ciptaan Allah yang maha mencipta, menjadikan salji indah memutih lagi luar biasa yang mana kejadiannya ada disebutkan dalam sepotong ayat al-Quran yang bermaksud: 

"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu (salji) dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan..."
Surah An-Nur, ayat 43

2 comments:

sweetie said...

Ala.. ala comelnya Ismael n Leylas.

Naflyna, berapa lama lagi duk Sheffield? Tgk snow tu buat saya tak sabar nak pergi Sheffield lagi. Tapi kali ni mungkin saya bertemu dengan musim panas pulak!

Naflyna said...

Tak pasti lg sampai bila. InshaAllah, summer ni kami masih di sini. Kalau datang masa summer lg best nak jalan sbb siang panjang n byk jugak bunga keluar mcm rapeseed n popi. Nanti akak sweetie datang sheffield jemputlah mari rumah