Wednesday, January 28, 2015

Lama Bertahan

Apa dia yang lama bertahan. Ala...ini sebenarnya nak citer pasal langsir kat rumah kami. Tapi sebelum tu nak citer pasal jenis-jenis langsir yang biasa jual dalam pasaran di UK. Kat sini secara umumnya ada jual 3 jenis langsir. Ada lagi jenis-jenis lain tapi 3 jenis yang aku nak story kat bawah yang paling banyak jual di supermarket. 

Jenis yang pertama dipanggil 'eyelet' curtains. Rupanya macam gambar kat bawah. Jenis ni kat Malaysia pon ramai yang pakai. Cara nak pasang langsir sekali tengok memang dah boleh agak nak pasang macam mana. 

Eyelet curtain. Gambar pinjam dari John Lewis.

Jenis yang kedua dipanggil 'roman blind'. Jenis ni kalau di Malaysia pada pemerhatian aku biasanya rumah orang kaya atau agak berada je yang pasang. Tak pernah lagi aku jumpa rumah orang pakai tingkap nako pasang roman blind. Huhuhu.... Kalau di Malaysia aku rasa nak pasang langsir ni untuk first time bukan DIY sebab dia punya rail lain macam skit. 

Roman blind, sumber dari pakcik Google

Jenis yang ketiga dipanggil 'pencil pleat' curtain dan sepengetahuan aku takde jual kat Malaysia. Rupa langsirnya nak seakan-akan jenis langsir yang paling ramai orang Malaysia pakai tu. Ala....yang jenis masuk besi dengan tiga atau satu kaki tu. Cuma jenis pencil pleat yang ada kat sini kita akan nampak kedutan di tempat gantung tu banyak dan rapat-rapat. In my opinion jenis pencil pleat ni lebih complicated dari yang kita punya masuk cucuk batang besi tu. Rumah aku dok kat Sheffield skang ni pakai curtain jenis ni. Bukan aku yang beli tapi memang dah telah siap sedia dipasang oleh landlord kami.

Pencil pleat curtain

Ini rupa tempat nak gantung dia. Ada 3 layer benang yang perlu ditarik-tarik untuk dapat lipatan kedutan macam dalam gambar. Ada cara ok untuk tariknya. Bukan main tarik aje. Yang dalam gambar ni canggih sikit siap ada poket untuk simpan lebihan benang yang dah ditarik.

Oleh kerana aku tak pernah jumpa langsir jenis ni memang aku tak pernah tau macam mana nak pasang langsir tu. Masa kami mula-mula masuk rumah aku memang dah perasan rupa langsir tu buruk benar. Masa tu aku ingatkan rupa dia tergantung tu memang macam yang aku tengok masa masa mula-mula masuk rumah. Sampailah last few weeks bila aku saje-saje pi survey langsir kat online tetiba baru aku perasan langsir kat umah kami tu bukan buruk sebab jenis dia tapi nampak hodoh sebab cara langsir tu dipasang. Bukan aku tak pernah cuba betulkan tapi sebab tak pernah tau cara nak betulkan jadinya lamalah bertahan aku tengok rupa langsir tu tergantung hodoh.

Macam nilah rupa langsir kat rumah kami tergantung di ruang tamu. Memang buruklah.

Untuk mengurangkan rupa buruknya aku biar langsir tu ditolak ke tepi macam ni.

Dan hari ni aku telah berusaha tengok kat youtube macam mana nak pasang pencil pleat curtain. La....senang je rupanya. Dan bila dah tau macam mana nak buat, akhirnya rupa langsir tu tergantung nampak le seperti yang sepatutnya macam gambar kat bawah ni. Sekejap je dah boleh siap.

Ini rupa setelah di makeover. Setelah sekian lama bertahan dengan rupa gantungan yang hodoh, hari ni dalam sejarah aku dah betulkan langsir tu. Tapi itu pon tak cukup tip top sebab ada benang pada pleat dia tu putus jadi kedutannya tak cukup sempurna. Gantungan plak tak boleh menegang elok sebab tempat sangkut dia tak cukup. 

Langsir yang dekat dapur pon aku betulkan skali. Yang di dapur punya perubahan aku rasa nampak lebih ketara.

Sebelum

Selepas

Yang sadisnya hasben aku boleh tak perasan rupa langsir yang dah dibetulkan tu. Hmmm....lelaki..... Apa dia kisah sangat dengan langsir. Huhuhu.....

5 comments:

cik z said...

Aku pakai blind utk tgkp nako kat dapur. Err adakah aku golongan kaya juga? Hi hi... Actually blind x mahal sgt juga n mampu milik. Cth mcm aku punya regenya 150 terletak elok dah kat situ selama 4 thn stgh.

Naflyna said...

Yg ko pakai tu blind yg jenis jalur2 besi ke atau memang roman blind yg kain mcm dlm gambar tu? Tapi bukan ke ko memang kaya? Hahaha.....

cik z said...

Aku pakai yg jalur2 tu tapi rasanya materialnya bukan besi. Tapi yg roman blind tu mmg cun giler la...
kalau aku kaya.....

cik ecah said...

cantik dah umah...rindu.. (T_T)

Naflyna said...

Zana > cun kan? Ala....dah tak lama dah ko akan makin kaya. Hehehe.....tp kalau tak kaya pon takpe. Yang penting senang, takde hutang

Aisyah > kak lyn blom balik pon dah start terasa rindu. Hari ni snow lagi :)