Friday, January 16, 2015

Mudah Tido

Lately Ielyas mudah je nak tido masa siang hari. Few hours after dia balik dari nusery semenjak dua menjak ni senang je dia nak tido tanpa disuruh. Kalau suruh plak sah tak tido. Jadi aku biar dia tido sendiri. Oleh sebab dia tido tu takde specific time jadi dia boleh tertido di mana-mana. Cer tengok gambar kat bawah ni.

Ielyas tido bawah meja. Actually masa ni dia tengah merajuk. Bila aku perasan lama sangat dia merajuk aku pon pi jenguk. Rupanya dah tertido kat situ.

Ini masa minggu lepas. Lepas main sorang-sorang dengan toys faveret dia sambil tengok kartun Raa Raa the Noisy Lion n minum milk dapat kat nursery tup-tup dia tido. Aku tau dia tido bila tetiba tak kedengaran movement atau suara dia menyanyi-nyanyi. 

Ini masa tengah hari tadi. Dia tido masa tengah tengok kartun dari iPad. Pandai pulak dia cari selimut n lapik sendiri tempat dia nak duduk. Hari ni cuaca sejuk skit. Kami agak dia rasa cara tu boleh kurangkan rasa sejuk tempat dia duduk tu. 

Actually bila malam pon Ielyas senang jugak nak tido. Kalau dah sampai time dia kena tido, biasanya few minutes lepas naik katil dia akan trus terlelap. Kekadang tu dia siap ajak kami masuk tido.

Bila baca paper dah menguap-nguap kekadang tu gambar yang macam kat atas tu la penaik semangat aku. Aku akan senyum sorang-sorang bila tengok.

1 comment:

Sweetie said...

Alah comel nya tetido atas sofa tu...