Jiran salah satu sebelah rumah kami sangatlah baik. They are white British, duduk laki bini je. Depa dah tua dan aku anggarkan umur depa lebih 70 tahun sebab dulu masa first kami pindah sini yang isteri tu kata dia dah duduk situ dah 70 tahun, sejak lahir. So, korang boleh bayangkanlah umah yang kami duduk ni aku rasa usianya dah lebih 100 tahun. Sebab tu kalau korang datang UK korang akan nampak architechture banyak umah-umah kat sini nampak klasik. UK tak banyak buat perumahan baru macam di Malaysia sebab bangunan rumah-rumah sedia ada depa utilized sepenuhnya zaman-berzaman. Eh, terkeluar tajuk plak. Nak citer pasal jiran terciter pasal umah plak.
Jiran kami yang si isteri tu nama dia Jones. Dialah yang selalu aku nampak keluar masuk rumah berbanding suami dia. Suami dia aku lupa la plak nama apa. Laki dia aku tak pernah sembang. Just sapa n senyum gitu je. Suami dia tu agak uzur jadi sebab tu jarang nampak keluar rumah. Jones hanya ada sorang saja anak. Anak dia selalu jugak datang ziarah depa.
Kalau kami takde rumah pergi mana-mana kalau hari tu adalah hari lori sampah datang kutip sampah, Jones akan tolong tolakkan tong kami ke depan rumah. Kalau hari kami ada kat umah, lepas lori sampah lalu dia akan tolong tolak semula tong kami ke belakang umah. Sungguh baik sampai aku naik segan. Ye la....patutnya aku yang tolong tolakkan tong dia sebab dia dah tua. Tapi masa lori sampah datang biasanya aku sibuk ngan anak-anak nak pi skolah jadi tak sempat nak pi tolak balik tong sampah sebelum Jones buat dulu.
Ada sekali tu tetiba paip limpah tangki kami mencurah-curah keluar air kat depan pintu dapur dari luar. Actually kami sedar masa tu paip limpah tu keluar air sebab bocor kat dalam dapur jugak. Depa laki bini keluar umah n ketuk pintu umah sebab nak bagitau kat kami. Sungguh depa concern kat kami.
Tiga hari before Christmas Jones bagi kat anak-anak kami coklat. Sebelum bagi bersungguh dia tanya sama ada coklat tu boleh makan ke tak. Mujur boleh makan bila aku tengok ingredient dia. Kalau tak aku rasa tak sampai hati nak kata kat dia tak boleh.
Inilah coklat yang Jones bagi untuk Ismael n Ielyas sorang satu. |
Banyak isi kat dalam setiap paket tu |
Actually 3 jiran terdekat ngan umah kami baik-baik. Syukur Alhamdulillah dapat jiran baik.
No comments:
Post a Comment