Wednesday, January 14, 2015

Big Apple Indoor Playground


Tengah hari ahad tadi kami bawa anak-anak gi main di Big Apple indoor playground kat Rotherham. Dalam cuaca sejuk-sejuk menyengat tulang ni memang tak kuasa sangat nak buat aktiviti outdoor. Jadi indoor playground menjadi pilihan kami kali ni untuk bagi reward kat anak-anak yang aku kira bersabar dengan kesibukan kami terutamanya during weekdays.

Indoor playground ni kira besar la jugak. Aku rasa tempatnya dibuat kat bangunan bekas kilang.

Kat situ bukan setakat budak-budak saja yang boleh main. Mak bapak budak pon boleh join skali. Jadi ada entrance fee untuk setiap dewasa yang masuk ke situ tak kira la nak main ke atau tak. Kami main 4 beranak dalam £10+. Dalam dua gambar kat atas ni antara part yang kami paling suka. Kita load sponge balls. then tunggu bola-bola jatuh macam hujan.

Haa....tu dia bola-bola jatuh bertaburan.

Pastu tunggu lagi bola jatuh. Ielyas siap santai kat tengah tu menanti bola jatuh lagi.

Sambil loading sponge balls atau menanti sponge balls jatuh sila hati-hati sebab ada penembak-penembak meriam dari 4 penjuru. Hasben tengah tunjuk ajar kat Ismael macam mana nak main benda alah tu.

Lepas Ismael dah faham macam mana nak main papa dia tolong load bola dari depan sebab load bola di sebelah penembak tak efektif.

Sementara tu Ielyas cuba belajar main sendiri dari atas sementara Ismael tengah main kat bawah. Ielyas explore dan pandai sendiri macam mana nak main. Bila tak sampai pandai dia gi ambik kepingan span yang ada kat situ untuk dia panjat.

Giant burger. Nyum....nyum....

China Town section

Mula-mula Ismael takut nak main giant slide ni. Lepas dia cuba sekali dengan duduk kat pangkuan aku, berkali-kali dia pergi turun naik main sendiri.

Ini bahagian solar system. Tapi Ielyas tak minat sebab gelap kot. Dalam tu ada banyak bola-bola besar representing planet yang ada.

Ismael cuba jadi tarzan jap.

Merentasi jejantas tali yang sempit

Dah letih main makan chips sebab anak-anak dah lapar. Pastu terus balik n singgah beli KFC sebab anak-anak request nak makan burger.

Bila gi sana tetiba aku memasang cita-cita nak bukak bisnes indoor playground mcam yang kami gi tu. Hahaha....tak boleh belah berangan tak hingat. Aku memang banyak cita-cita nak buat bisnes macam-macam tapi setakat ni semuanya tinggal cita-cita je sebab aku sentiasa saja ada benda lain yang nak kena fokus dulu. Ala.....kesimpulannya aku nak bagitau kat korang yang cita-cita aku hanya angan-angan je. Huhuhu....


Nota kaki:
One thing yang aku suka kat UK ni, mana-mana tempat rekreasi untuk budak-budak/famili kita boleh bawak makanan sendiri jika mau. Tak semestinya kena beli dari tempat tu. Bagusnya syarikat yang operate tempat rekreasi tu takde plak rasa tergugat dengan kebenaran tu dan kami perasan tetap ramai orang yang membeli kat cafe yang disediakan. Kalau kat Malaysia berdasarkan pengalaman aku, kat mana-mana waterpark tak dibenarkan bawa makanan sendiri. Kalau kat Bukit Gambang Waterpark siap cek beg pengunjung lagi nak pastikan orang tak bawa makanan sendiri. Aku rasa persepsi orang Malaysia, I mean syarikat yang bukak tempat rekreasi tu kena lebih open. Kalau orang tak perlu spend duit banyak untuk beli makanan lebih ramai yang boleh/sanggup pergi. Kalau untung kat jual makan tak seberapa (tapi aku jangka masih tetap untung banyak sebab ramai orang malas masak atau malas nak bawa barang berangkai-rangkai), boleh untung pada entrance fee. Silap-silap hari bulan untung lebih banyak lagi.

5 comments:

Isya Malek said...

Kak...i guess your write up tu kena ubah sikit. Sebab banyak gile indoor playgrounds in KL that allow you to bring your own food, etc. And the games that you played, similar sesgt dgn Jungle Gym @ BSC.

Naflyna said...

Oh, thanks for ur info. I just write based on my experience before

Isya Malek said...

Understood. No worries. Lepas u balik Msia nanti, bole la visit lagi byk indoor playgrounds kat area KL... :-)

Anonymous said...

Lyn,

Kat mana lg indoor games untuk budak2. Last week dah g monkey bizness.

Naflyna said...

Utk lain-lain options blh cek dekat sini: www.dayoutwiththekids.co.uk