Tengah hari tadi lepas ambik Ielyas dari nursery kami curi masa ke Asda kejap sebab barang dapur banyak dah abis. Aku sampai buntu nak masak apa beberapa hari kebelakangan ni sebab asal ada idea nak masak apa, bahan plak tak cukup. Lepas dah siap cari semua barang dalam list tetiba Ielyas kata dia nak naik atas. Dia tu bukan apa, dia nak naik atas sebab dia tau ada toy section yang toys nya memang kalau aku jadi budak memang aku akan request nak itu dan ini. Tapi mujur Ielyas tak macam tu. Huhuhu....Masa naik lif dah pesan siap-siap dia hanya boleh tengok je n he agreed.
Actually aku pon teringin jugak nak naik tingkat atas supermarket Asda tu sebab ada banyak barang best-best. Hehehe....Tapi kalau aku ajak tadi maybe hasben tak mau. Aku agak la....Tapi sebab Ielyas yang ajak, papa dia layankan le sebab takut dia menangis merengek plak masa nak packing n bayar barang shopping kat cashier.
Bila dah dapat naik atas tu apa lagi....aku pon pi la tengok sana-sini sementara Ielyas berangan dengan toys yang ada di rak sambil papa dia observe. Bila aku pi tengok-tengok tu terberkenan la plak dengan satu seluar tido. Tapi harga dia mahal jugak la jadi aku pi le mintak permission hasben untuk beli seluar tido tu. Alhamdulillah, dapat!
Ini la seluar tido baru aku. Cantik tak? |
Corak, warna n material kain dia super awesome. Love it to the maximum! |
Aku ni jenis susah skit nak betul-betul berkenan dengan apa-apa baju untuk diri aku. Jadi bila aku berkenan aku selalunya akan beli. Selama aku duduk sini aku jarang sangat beli t-shirt/blouse/seluar kat supermarket. Boleh kira dengan jari berapa banyak baju yang aku beli untuk diri sendiri, baik dari supermarket atau dari carboot. Baju anak-anak ye memang banyak aku beli. Antara sebab aku jarang beli sebab baju yang aku beli sebelum ke sini dah cukup banyak dah aku rasa untuk aku rotate. Lagi pon mostly blouse/t-shirt yang jual kat sini aku tak berapa berkenan sebab lehernya selalu luas-luas macam padang bola! Huhuhu....exaggerated plak. Mat salleh ramai yang suka benor lubang leher luas jadi banyak yang dijual luas-luas belaka. Kalau tak luas selalunya aku tak berkenan la plak atas sebab-sebab lain.
Selain beli seluar tido aku beli jugak tiga pasang baju baby girl dengan warna n design yang sangatlah menawan. Wooo....woo......sila jangan buat kontroversi. Buat masa ini aku blom mengandung lagi ye....Serius teringin tapi kena postpone dulu. Baju baby tu beli untuk bagi hadiah kat anak sedara baru, anak adik aku. Sebab baju tu super cute aku insist untuk beli jugak sebab aku suka bagi hadiah kat orang apa yang aku suka.
Cute kan? |
Simple but charming |
No comments:
Post a Comment