Winter lepas (Disember 2013-Februari 2014) kami tak merasa snow pon. Actually ada snow turun skali tapi sekejap je. Rasanya macam tak sampai sejam n tak sempat nak memutihkan tanah pon. Jadi winter kali ni memang kami berharap sangat snow akan turun dengan lebat n membolehkan kami main sledging sekali lagi macam masa Februari n Mac 2013 dulu tu. Aku dah bersiap sedia masa summer 2013 sbenarnya dengan baju untuk main sledging untuk anak-anak. Beli kat carboot je pon, murah-murah kalau tak silap macam 50 pence je sepasang. Tapi winter lepas harapan kami tak kesampaian. Budak-budak master masa tu memang kecewa sangat sebab takde snow. Ye la, depa just ada setahun je. Jadi sempat merasa winter sekali je. Kalau tak turun salji maksudnya kena la ke Scotland kalau nak merasa jugak.
Alhamdulillah tahun ni Allah kabulkan permintaan kami tapi.......haaa.....ada cerita lain plak. Masa turun salji tu adalah malam boxing day. Kami kan bershopping sakan jadi lewat petang jugaklah kami balik. Masa di destinasi shopping terakhir kami di Boundary Mill hujan mula turun renyai-renyai. Pastu nampak air hujan bertukar menjadi sleet. Sleet ni adalah air hujan yang dah berupa macam ais tapi belum betul-betul ais dalam rupa kapas. Kalau kapas ais yang turun barulah salji namanya dan kita akan nampak yang turun tu melayang-layang jatuh ke bawah. Meanwhile, sleet kalau turun kita akan nampak air yang turun masih macam hujan. Masa tu aku dah siap shopping berdiri kat luar depan bangunan Boundary Mill. Kawan aku Maniha tengah tunggu aku. Then dia kata dia rasa snow akan turun (masa tu aku tak tau dia dah tengok weather forecast rupanya). Aku menidakkan sebab memang lately banyak kali turun sleet. Pastu kami ke kereta n balik. Kami kena singgah rumah kawan sebab hantar barang shopping depa yang ditumpangkan di kereta kami. Masa nak berhenti tu tetiba kami realized memang snow dah turun. Wah.....apa lagi masing-masing excited bukan main. Hahaha...Maniha paling excited abis sebab dia dah nak balik dah Februari ni. Jadi winter ni memang last chance dia. Masa tu kami terus tepon sorang kawan kami yang kami tau memang sangat ternanti-nanti nak merasa snow, pon jugak dah nak balik this week. Apa lagi...dengar riuh rendahlah dia n family keseronokan di telefon. Hehehe.....
Tapi kami.....seronok bercampur cuak! Kami kena ke London malam tu jugak sebab awal pagi esoknya kami kena naik flight. Ke mana? Nanti kalau berkesempatan n rajin akan aku cerita lain kali sebab kat sini nak citer pasal snow turun kat Sheffield je. Sampai umah kami kalut-kalut mengangkat barang-barang shopping n angkut anak-anak masuk rumah. Kelam kabut kami bersiap sebab masa tu kami perasan snow turun makin lebat n cepat je tanah dah memutih. Yang paling aku aku cuak masa aku keluar kereta tu aku perasan garam tak ditabur di jalan raya sebab city council tak jangka snow nak turun kot. Kalau takde tabur garam maksudnya kereta akan skiing especially kereta-kereta yang tak pakai tayar special untuk snow. Kereta kami le tu....So, itu petanda tak baik sebab kalau snow turun lebat di tempat lain jugak kami maybe tak sempat sampai Heathrow Airport di London seperti yang sepatutnya atau mungkin jugak kami akan terkandas di highway tak boleh nak teruskan driving. Lebih parah lagi kalau masa memandu kereta skiing n terbabas accident langgar orang atau orang langgar kita.
Gambar ni masa aku tengah bersiap kemas beg. Ambik dari tingkat atas umah kami, dari bilik tidur. |
Pemandangan snow tengah turun di belakang umah kami. |
Ini pemadangan yang boleh nampak dari depan pintu umah kami. |
Lagi pemadangan from the other side yang boleh nampak dari depan pintu umah kami. Kena jalan hati-hati sebab dah slippery |
Haa....nak tau lebat tak lebat tengok tu ketul-ketul kapas ais yang turun tu. Besar weh..... |
Bumbung-bumbung kereta dah mula tebal covered by snow |
Lepas kami dah siap kemas smua luggage kami cepat-cepat keluar rumah. Rumah kami a bit hilly masa nak keluar ke main road. Aku memang cuak abis siap tekan brake yang sah-sah takde brake sebab bukan aku yang drive. Lepas dah selamat turun bukit rasa lega. Tapi lepas tu aku perasan kereta kami skidded few times hanya untuk bergerak sejauh 100 meter. Nak jadi cerita kami terperangkap plak dalam jem. Mula-mula ingatkan sebab ada accident. Lepas dekat setengah jam dan masa tu kami berada di satu simpang baru kami tau rupanya jem tu bukan apa. Kereta satu-satu n pelan-pelan tunggu giliran untuk naik bukit. Tak boleh memandu macam biasa sebab masing-masing skidded. Masa kat simpang tu aku suruh hasben fikir betul-betul ada tak alternatif jalan lain nak menghala ke highway sebab aku tak yakin kereta kami boleh panjat bukit tu tanpa terundur. Kalau kami tak pusing ke jalan lain kami maybe terperangkap n susah nak patah balik. Alhamdulillah hasben ingat ada jalan alternatif dan kami pon buat u-turn. Masa masuk highway snow masih turun lebat. Aku tak henti-henti doa supaya snow tak turun di tempat lain yang kami nak lalu. Hasben memandu pelan yang amat, 20-40 miles per hour. Mostly 20-30 miles per hour je yang berani. Masa kami lalu Nottingham snow pon turun lebat jugak macam Sheffield yang membuatkan cuak kami tak berhenti. Alhamdulillah, lepas kami lalu Loughborough hanya sleet je. Lepas tu no more snow. Syukur kepada Allah akhirnya kami sampai London dengan selamat.
Balik semula ke Sheffield beberapa hari lepas tu dah tak nampak snow memutih di tanah. Tinggal saki baki je. Itu pon ciput je. Aku tak sempat nak ambik gambar kami anak-beranak dalam salji hari tu sebab kelam kabut nak drive cepat-cepat sampai ke London. Just gambar-gambar pemandangan sekitar umah je yang sempat snap. Moga-moga Allah bagi kami peluang at least sekali lagi snow di Sheffield sebab kalau ditakdirkan kami balik tahun ni, this winter will be our last winter here.
Nota kaki:
Masa kami balik semula ke Sheffield jiran mat salleh sebelah umah dengan sronoknya bagitau kami dah takde snow. Gullppp....Kami nak snow, dia tak mau snow.
Nota kaki:
Masa kami balik semula ke Sheffield jiran mat salleh sebelah umah dengan sronoknya bagitau kami dah takde snow. Gullppp....Kami nak snow, dia tak mau snow.
No comments:
Post a Comment