Thursday, January 15, 2015

Snow Turun Lagi

Awal pagi semalam snow turun lagi di Sheffield. Masa turun tu lebih kurang kol 5 pagi. Tapi this time tak le lebat macam yang sebelum ni. However, nampak jugaklah memutih skit jalan raya n bumbung kereta. Oleh kerana hari tu tak sempat nak ambik gambar kami dalam snow, this time dengan masih pakai baju tido aku dengan beria grab kamera kengkonon nak ambik gambar anak-anak nak gi school dalam snow. Heh! Poyo je kan?

Ciput je pon snownya. Apa pon alhamdulillah di atas peluang ni.

Lepas depa dah pi skolah aku snap few more photos kat depan umah n also laman belakang umah. Giler beria sungguh ambik gambar dalam sejuk-sejuk dengan pakai baju tido tanpa pakai baju sejuk!




Kami ni hari-hari berdoa snow turun lebat before spring menjengah. Kalau tengok ramalan cuaca arini macam ada harapan nak turun snow lagi.

Hari Sabtu ada lambang dua snowflakes bermaksud snow akan turun lebat. Kalau betul seronoknyer! Tapi kalau snow tak turun hari Sabtu ada chance lagi hari Selasa. 

Tapi tu la....bak kata professor yang aku gi kelas modelling masa first year dulu: "Kalau weather forecast untuk esok bolehlah kita tengok. Kalau untuk lusa dah macam tak brapa boleh nak percaya lagi. Dan kalau untuk seminggu lagi, don't even look at it". Itu dia cakap le tapi aku rasa ada benarnya jugak sebab dah banyak kali terkena dengan weather forecast. Well, nama pon weather forecast kan....

No comments: