Sunday, February 1, 2015

Booktime

Wednesday last week aku ke sekolah anak-anak menghadiri satu majlis taklimat kesedaran untuk parents yang ada anak-anak di foundation stage tentang pentingnya menyemai tabiat suka membaca di kalangan anak-anak. Cikgu bagitaulah kenapa nak kena bacakan anak-anak buku cerita SETIAP HARI. Ya, ditekankan sekali lagi, SETIAP HARI. Mat salleh memang ramai yang baca buku kat anak-anak dia tiap-tiap hari dan masa depa luang masa membaca tu biasanya sebelum tido. Ala....macam dalam citer tv tu. Tapi aku rasa bukan culture kita orang Malaysia macam tu dan aku rasa sama jugak dengan orang Pakistan n Slovakian (skolah anak kami ramai 2 bangsa ni). Jadi pihak sekolah kenalah buat kempen membaca pada parents yang sebenarnya sedar tapi buat-buat tak sedar macam kami laki bini. Hahaha.....

Balik dari sekolah hari tu Ismael bawa balik satu book bag kaler biru. Dalam tu ada dua buku dapat free sebagai galakan untuk parents membaca bersama ngan anak-anak.  

Book bag untuk Ismael

Dapat dua buku free

Dekat page belakang pamplet bagitau dapat buku free tu ada alat bantu aktiviti untuk dibuat lepas membaca buku Hairy Maclary tu. Kiranya kertas pamplet tu takdelah terbuang macam tu saja. 

Kesian plak aku tengok cikgu-cikgu bersungguh nak bagi budak-budak jadi pandai. So, aku berazam untuk cuba lebih kerap luangkan masa membaca buku dengan Ismael n Ielyas walaupun bukan setiap hari. Of course demi kebaikan anak-anak jugak. Kalau aku tak sempat aku akan paksa papa dia tolong bacakan. Hahaha.....

No comments: