Petang semalam lepas solat maghrib aku dan hasben gi ke satu talk bertajuk "The Israel's Systematic Abuse of Palestinian Children" yang diadakan bersempena dengan Israeli Apertheid Week 2015 di universiti kami.
Ada three speakers untuk talk tu dan ketiga-tiganya wanita mat salleh bukan muslim. Depa adalah antara aktivis bagi Palestine Soladirity Campaign (PSC), satu badan di UK yang memperjuangkan keamanan dan keadilan untuk rakyat Palestine. Subhanallah, sungguh aku kagum melihat bagaimana orang bukan muslim bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat palestine yang majoritinya bukan seagama dengan depa.
Speaker yang pertama bercakap tentang bentuk-bentuk diskriminasi, kekejaman dan ketidakadilan kepimpinan tentera israel terhadap kanak-kanak palestine. Kesian sangat bila tengok video bagaimana budak-budak Palestine diperiksa dan dilayan kasar oleh orang Israel masa dalam perjalanan ke skolah. Bayangkan kalau anak atau adik kita yang baru sekolah rendah ditujah-tujah kepala depa, diikat tangan dengan tali plastik dengan kuat, ditolak kasar ke dalam jeep dan dikurung dalam bilik yang entah macam mana dhaif keadaannya berminggu-minggu sampai ada berbulan-bulan. Kita plak tak tau kat mana dia dikurung dan bagaimana nasib dia semasa dalam kurungan. They are just kids! Itu blom masuk penderaan lain lagi. Yang pasti Israel memang dipercayai mempunyai misi untuk menanam rasa takut dan gentar dalam diri orang palestine terhadap depa bermula dari generasi awal yang ada. Sebab tu lah kanak-kanak palestine dibuat macam tu. Bila beg kanak-kanak palestine diperiksa dan depa dikasari aku percaya semua orang boleh bayangkan macam mana semangat sesetangah depa untuk ke skolah jadi luntur. Kesian sangat...
Speaker yang ketiga berkempen untuk boikot G4S. G4S ni satu syarikat sekuriti kat sini. Aku pon tak pasti sama ada G4S ada kat malaysia atau tak.
Speaker yang kedua berkempen bagi pihak PSC untuk boikot barangan komputer jenama Hewlett Packard (HP). Dia kempen tu bukan kat kami saja tau. PSC sbenarnya buat satu unit khas berkempen supaya orang ramai memboikot HP ke serata UK. Kenapa HP? Sebab HP membantu secara eksklusif dalam menyediakan sistem komputer bagi angkatan perang Israel. So, kat sini aku juga nak berkempen pada semua kawan-kawan pensyarah yang baca blog aku supaya berkempen pada student terutamanya yang first year, lebih-lebih lagi pada yang baru register sesi baru akan datang supaya tidak membeli barangan komputer HP. Kalau dah ada tak payahlah buang. Cuma kalau yang baru nak beli tu elakkanlah HP. Kempen ini jugak ditujukan kepada sesiapa sahaja yang baca post ni. Hehehe.....semangat nak kempen ni.
Speaker pertama: pakai baju kaler purple. Speaker kedua: pakai baju kaler biru kotak-kotak. Speaker ketiga takde dalam gambar. Yang dok kat tengah tu pengerusi majlis. |
Kalau kat sini, speaker kedua tu bukan sahaja berkempen supaya kami jangan beli tetapi dia jugak berkempen supaya student hantar satu referendum kepada universiti untuk menghentikan pembelian kelengkapan komputer brand HP. Maybe kita boleh galakkan pelajar kita yang mana dalam barisan perwakilan pelajar buat benda yang sama kalau universiti ada beli barang HP.
Aku akui memang susah nak boikot semua benda yang sepatutnya tapi kita cuba buat semampu yang boleh. So far kami sekeluarga berjaya menahan diri dari McDonald. Kalau tak silap since few months before fly ke UK. A NO to McDonald aku kira satu kejayaan besar untuk aku yang sebenarnya lebih suka pilih McD dari KFC suatu masa dulu. Alhamdulillah, dok kat UK most McDonalds tak halal (tak pernah jumpa yang halal kat sini n actually tak pernah pon nak pi cek halal ke tidak) jadi lebih mudah untuk tidak jejak kaki ke McDonald. Kalau di Malaysia kena kuat semangat.
Apa kesan boikot? Kat sini aku nak cerita kesan boikot ni dalam konteks kami di UK yang mana benda ni dihighlight oleh salah sorang audience di akhir talk semalam. Katanya boikot memang tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Israel tetapi akan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kekejaman dan ketidakadilan Israel. Sebab kata dia bila kita kata pada orang yang kita boikot sesuatu barang orang akan tanya kenapa kita boikot dan dari situ orang akan faham apa yang berlaku sebenarnya. Teringat aku masa kami ke perhimpunan menuntut kebebasan rakyat Palastine tahun lepas dalam kawasan pusat bandar Sheffield. Aku sendiri nampak ada orang putih yang lalu-lalang berhenti bertanya kenapa kami berhimpun tu sebab depa tak tau sebenarnya apa yang berlaku. Bila dia berhenti tanya tu dia akan dapat sedikit info. Dan kalau yang educated tu akan ada yang mencari kebenaran dengan google-google. Haa...kesannya adalah pada peningkatan kesedaran dikalangan orang ramai.
Dalam konteks kita di Malaysia, walau sumbangan kita memboikot barangan yang ada kaitan dengan Israel kita tak nampak kesannya tapi kita patut ada rasa belas dan peri kemanusiaan terutamanya terhadap saudara seagama. Cer baca kisah ni.
Nota kaki:
Speaker kedua tu bekas seorang guru dan dia kata dia join PSC sejak tahun 1982 lagi. Masa dia dah mula membela nasib orang palestine tu aku baru je lahir. Masa tu ramai orang kata dia pengganas sebab menolong orang palastine. Kerana adanya kempen-kempen berterusan ramai orang dah buka mata dan dia tak lagi menerima cemuhan seperti suatu masa dulu.
Nota kaki:
Speaker kedua tu bekas seorang guru dan dia kata dia join PSC sejak tahun 1982 lagi. Masa dia dah mula membela nasib orang palestine tu aku baru je lahir. Masa tu ramai orang kata dia pengganas sebab menolong orang palastine. Kerana adanya kempen-kempen berterusan ramai orang dah buka mata dan dia tak lagi menerima cemuhan seperti suatu masa dulu.
No comments:
Post a Comment