Ahad lepas kami dinner kat restoren Smokey. Tak jauh dari rumah kami. Kalau naik kereta tak sampai 10 minit. Tapi kalau jalan kaki konpem tak sampai sebab blom suku perjalanan sah aku ajak balik sebab kalau jalan jauh wei....Sejuk pulak tu.
Dah lama dah hasben nak try makan kat situ tapi aku je yang selalu tak nak sebab aku ni bukan jenis suka western food sangat. Maybe sebab setiap kali cuba yang western sentiasa tak menepati citarasa membuatkan aku malas nak cuba western restaurant. But this time aku ikut je la bila hasben ajak ke Smokey sebab malas nak pikir. Dah tak payah masak dah syukur Alhamdulillah. Hehehe.....
|
Muka ceria sementara tunggu pesanan sampai ke meja |
|
Masa kami gi tu restoren baru je bukak jadi takde orang. Tak lama pastu budak-budak muda lebih 10 orang datang makan kat situ. I guess the menu fits youngsters taste. |
|
Ini menunya. Ada macam-macam burger. Katanya American style. Pilihan tak banyak sangat. Siap ada tampal-tampal lagi. |
|
The other page of the menu lagi kelakar tampal-tampalnya. Patutnya print yang baru je. |
|
Sirloin steak pilihan hasben. Tak presentable tapi rasanya not bad. Patutnya dia include gravy dalam hidangan ni barulah mengancam. Bagusnya waiter yang ambik order tu dia ada tanya macam mana kita nak daging tu dimasak. Jadinya mintaklah fully cooked. |
|
Aku cuba Rodeo burger which was a type of beef burger. Sebenarnya aku takut nak mintak burger daging sebab setakat yang aku pernah cuba beberapa kali sebelum ni di restoren/kedai lain, burger daging ada bau kambing. I guess daging cincang untuk beef n lamb guna mesin yang sama. Jadi bau daging kambing lekat pada daging lembu. But at Smokey rasa daging lembu tu perfect! |
Lepas ni kalau ada rezki nak cuba satu Mexican restaurant yang dah bertahun kami sebut nak gi tapi masih tak pergi-pergi. Restaurant tu pernah disebut oleh professor dalam kelas modelling yang aku gi masa first year dulu. Aku pernah jugak tengok kawan aku upload gambar dia sekeluarga makan kat situ. Macam sedap je. Itu yang teringin nak cuba. Tapi entah bila le nak gi.
No comments:
Post a Comment