Seminggu sekali ibu-ibu/isteri-isteri dalam komuniti melayu yang tinggal di Darnall akan berjumpa untuk program taalim. Dalam taalim tu kami baca satu kitab yang megumpulkan kisah-kisah nabi dan para sahabat untuk dijadikan panduan dan teladan. Setiap yang hadir akan baca satu topik ikut giliran. Tak perlu buat homework apa-apa. Cuma baca je dan fahamkan masa tu sementara yang lain pon sama-sama memahami apa yang dibaca. Kalau ada perkara yang dibaca tu hendak dibincangkan, sesape yang arif akan memperjelaskan atau menghuraikannya.
Yang bestnya lepas selesai sesi taalim ada sesi mengenyangkan diri. Hehehe....Ada potluck and dapatlah makan macam-macam. Kuih/dessert yang kita tak pandai/malas nak buat selalu boleh nampak di atas meja.
Actually majlis taalim kami tak jugak dapat buat tiap-tiap minggu. Ada minggu-minggu tertentu kami cuti buat taalim sebab memberi laluan kepada perkara lain. Ada jugak masanya kena cuti tu sebab pengelola majlis sibuk. Maklumlah, kawan pengelola majlis ilmu kami pon belajar jugak. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, aku andaikan kerap jugak kami dapat berkumpul.
Kehadiran bukan satu paksaan atau kemestian. Sebab aku rasa masing-masing faham komitmen masing-masing sama ada surirumah yang belajar atau tak belajar. Aku pon ada masanya skip jugak. Tapi aku sebolehnya cuba jugak gi sebab aku rasa perlu untuk aku memperbaiki diri. Ada banyak ilmu agama yang aku masih tak tau.
Untuk hari semalam lepas taalim ramai di antara kami terus pulak ke rumah sorang kawan yang baru saja ditimpa musibah. Kami jalan kaki je rumah kawan tu sebab tak jauh dari rumah di mana taalim dibuat.
Kira sepanjang petang semalam masa aku diisi bersama dengan kawan-kawan. Seronok dapat jumpa kawan-kawan. Tetiba rasa rindu sangat kat kawan-kawan di Malaysia.

Gambar kenangan di rumah kawan yang kami ziarah. Orang yang diziarah tu yang pakai baju kaler purple. Senyum macam tengah happy je. Dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu. Semoga dia terus tabah. |
Kira sepanjang petang semalam masa aku diisi bersama dengan kawan-kawan. Seronok dapat jumpa kawan-kawan. Tetiba rasa rindu sangat kat kawan-kawan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment