Sini ada banyak katalog dari macam-macam retailers. Ada yang dipos ke rumah dan ada yang kita boleh amik kat kedai. Mostly boleh dapat free tapi ada le jugak katalog yang nak kena beli sebab katalognya sekali tengok dah tahu costly sebab tebal macam buku panduan telefon n colourful. Pengeluaran katalog plak ikut musim. Ada yang keluar katalog baru setiap musim dan ada jugak yang keluar satu katalog setiap dua musim.
|
Katalog ni siap ada two copies lagi kat umah kami. Satu aku ambik. Satu lagi hasben tolong ambik sebab dia tau aku mesti suka tengok katalog ni dan masa tu dia ingat takde lagi. Padahal masa dia sua katalog yang dia ambik tu aku dah abis khatam belek dah sampai siap sakit kepala lagi sebab stress tak dapat beli benda cantik-cantik tunjuk dalam tu. Huhuhu.... |
|
Yang dari katalog ni bila tengok memang angan-angan sokmo sebab nombor untuk harganya tu aku rasa macam besar benor. Itu harga blom darab duit RM, kalau darab lagilah besar sebesar-besarnya. |
|
Katalog Argos ni lah katalog yang mesti ada di rumah setiap kali keluar yang baru. Harganya taklah murah sangat. Tapi macam-macam ada! |
Yang menjadi masalahnya katalog tu selalu buat aku berangan-angan itu dan ini dan jugak macam mendesak-desak aku nak beli. Hahaha.....Katalog paling bahaya adalah katalog yang ada barang perhiasan dan perkakasan rumah. Habis aku berangan rumah aku lawa macam dalam gambar katalog tu.
|
Jumaat tadi sampai lagi satu set katalog baru. Actually aku termintak katalog ni masa buat satu belian online dari Next baru-baru ni. Masa tu nak cepat-cepat buat kerja lain plak. Sebelum check out from account tu ada tanya nak directory ke tak dan aku terclick yes n proceed. So, sampailah kotak ni dengan isi dalamnya. |
|
Dalam kotak tu ada 3 katalog ni. Terkejut aku sebab katalognya mak oii....dahsyat skali. Dua daripadanya siap hard cover lagi. |
|
Macam biasa, yang kiri kanan tu aku tak heran. Yang tengah tu je yang memikat hati. |
Untuk mengelakkan angan-angan menjadi 'kegilaan' aku hanya ambik dan simpan beberapa je. Kalau ambik banyak-banyak sapa plak nak baca research paper printed banyak-banyak tu. Huhuhu.....
No comments:
Post a Comment