Friday, February 13, 2015

Perginya Seorang Murabbi


Petang semalam masa aku tengah sibuk masak rendang ayam untuk makan tengah hari kami anak-beranak aku dikejutkan dengan berita Tuan Guru Nik Aziz telah kembali ke rahmatullah. Hasben terbaca kat FB dan terus dia datang ke dapur bagitau kat aku. Aku sedih sangat sampai menangis sampai berjurai-jurai air mata. Seingat aku, aku tak pernah menangis bila mendengar berita kematian mana-mana pemimpin Malaysia sebelum ni. Tapi berita kematian yang satu ni memang sungguh menusuk hati. 

Sebenarnya masa di Malaysia lagi aku teringin nak jumpa dengan TGNA. Aku teringin nak dengar sendiri kuliah subuh yang dia sampaikan sendiri secara live. Tapi hasrat tu akhirnya aku bawa terbang ke UK. Masa pilihanraya umum hari tu aku mula menukarkan hasrat aku tu kepada satu cita-cita yang nak dicapai bila balik Malaysia nanti. Tapi nampaknya cita-cita aku takkan tercapai sebab TGNA telah dijemput Allah terlebih dahulu.

Bangun je tido pagi tadi antara perkara pertama yang aku teringat adalah pemergiannya dan aku menangis lagi. Indeed, sedih yang amat sangat. Lepas tu terfikir plak dalam kepala aku kalau macam ni la aku punya sedih bila dia meninggal, macam mana plak perasaan orang Islam pada zaman Rasulullah bila mendengar berita kewafatan baginda? Para sahabat lagi la kan....Sampaikan ada sahabat Rasulullah yang sanggup meminta Allah membutakan matanya hanya kerana begitu kasih kepada Rasulullah dan Allah kabulkan permintaannya. Ada jugak seorang sahabat pulak yakni Imam Malik tak pernah lagi memakai kasut setelah baginda wafat, kerana sangat kasih kepada Rasulullah. 


Walau aku tak pernah jumpa TGNA tapi hati ni sangat terkesan dengan kepimpinan, budi pekerti dan contoh teladan yang dia tunjukkan. Ilmu dan pesanan yang dia sampaikan sedikit sebanyak turut memberi impak bermakna pada kehidupan aku. Masa musim kempen pilihanraya umum lepas bila ada orang hina cerca dia di FB aku rasa sangat-sangat marah. Betapa dahsyatnya sesetengah orang untuk membezakan yang mana kaca yang mana permata sampai sanggup berkata buruk tentang seorang ulamak.



Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh TGNA dan menempatkannya di kalangan para solihin. Al-fatihah.


* Tiga gambar terakhir ambil dari FB Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Nota kaki: 
Sahabat nabi yang tak mau lagi pakai kasut selepas kewafatan baginda tu ada sebuah kisah yang elok diambil pengajaran berkait dengan isu semasa kes liwat yang hangat di Malaysia beberapa tahun kebelakangan ni. Peringatan dan pengajarannya adalah untuk diri aku sendiri jugak. Boleh saksikan isi ceramah Ustaz Fawwaz di link ini untuk selanjutnya.  

No comments: