Sunday, March 1, 2015

Gift Cards

Kat sini most retailers yang ada banyak rangkaian serata uk macam H&M, Next, Mothercare dan Argos, depa ada jual gift card. Gift card ni sebenarnya kita beli card untuk satu nilai duit tertentu dan kita bagi hadiah pada orang. Jadi orang yang dapat gift card boleh decide nak beli apa saja yang dia nak menggunakan nilai duit yang ada pada gift card tu di retailer berkenaan. Kiranya kalau rasa susah sangat nak decide atau malas nak fikir nak beli hadiah apa untuk somebody secara specific, gift card mungkin pilihan yang baik. 

Kat Malaysia kita pon ada konsep gift card ni cuma bukan dalam bentuk gift card tapi voucher. Ke skang dah ada pon jual gift card kat Malaysia secara meluas? Voucher rupanya tak cantik, printed atas kertas. Gift card yang jual kat sini cantik-cantik. Ada sesetengah tu siap tulis 'happy birthday', 'congratulations' dan macam-macam lagi. Bila kita dapat gift card tu kita bukan setakat boleh shopping in store but also shopping secara online. 

At the moment aku ada dua gift card yang blom guna. Sapa lagi nak bagi kalau bukan hasben yang bagi. Satu hadiah anniversarry tahun lepas n satu lagi hadiah birthday baru-baru ni. 

Dah tau dah nak beli apa dengan duit pada gift card ni cuma tengah tunggu item yang aku nak tu sale baru rasa sanggup nak beli. 

Gift card Boots ni hadiah sampingan hari jadi aku hari tu. Yang ni tak tau lagi nak beli apa sebab blom sempat nak belek apa nak beli. Oh ya, Boots ni untuk pengetahuan adalah retailer ala-ala Guardian atau Watson di Malaysia.  

2 comments:

nurbijen said...

Cikgu2 kat sini pun ada bagi anak gift card GBP10 utk beli buku bila dapat 100% attendence.... Tapi sayang pula nak guna... hehehhe

Naflyna said...

Wahhh....ye ke? Bestnya.... Generous sungguh skolah anak akak. Saya tak pasti plak apa budak-budak kat skolah anak saya dapat kalau achieve 100% attendance. Last time anak saya dapat achieved 95% je sebab ada hari dia tak pi school sbb demam. Dia dapat badge je tapi itu pon sronok dia tunjuk kat saya. Huhuhu