Saturday, March 14, 2015

Mookau and Design Studio

Sabtu minggu lepas Ismael ngan Ielyas ada sesi belajar main tenis kat Rustlings Lawn Tennis Club. Tak jauh dari club tu ada deretan macam-macam jenis kedai. Deretan kedai tu secara spesifiknya terletak di Ecclesall Road. Kiri kanan Ecclesall Road tu kira penuh la dengan kedai. Ada kedai kopi, kedai makan, kedai charity, kedai bunga dan pelbagai butik. Nampak meriah! Dah banyak kali kami lalu situ tapi tak pernah pon berhenti singgah jalan tu sebelum ni.

Sementara tunggu Ismael n Ielyas belajar main tenis hari tu aku ngan hasben gi la merayau-rayau kat situ. Kebetulan cuaca hari tu sunny, memang nampak lagi meriah sebab orang ramai keluar. Kami sempat singgah masuk beberapa kedai dengan masa yang terhad sebab latihan tenis anak-anak tinggal tak sampai sejam. Antara kedai yang kami sempat masuk tu ada dua kedai yang aku suka: Mookau dan Design Studio.


Mookau tu butik ala-ala butik Lovely Lace di Malaysia. Kat sini ada jual macam-macam barang yang biasanya orang pompuan suka. Antara yang aku suka: handbag, blouse and dress dia. Sweet sangat tapi bila tengok harganya aku tak rasa nak beli lagi setakat ni. Huhuhu.....Keluar dari Mookau hari tu aku beli benda kat bawah ni. Kengkonon nak buat hiasan untuk gantung photos or notes.

£1 untuk 8 penyepit. Comel-comel je saiznya. Panjang setiap satu lebih kurang panjang dua ruas jari kelingking aku.


Design Studio plak kedai jual gifts and cards. Apa yang menarik kad yang dijual kat situ banyak yang pelik-pelik dan unik yang aku rasa susah nak dapat kat tempat lain. Tapi kami tak beli apa-apa kat situ. Cuma tengok-tengok je. Sesapa yang dok Sheffield kalau nak cari special wishing card for somebody special boleh le try cari kat sini. 

No comments: