Mana ada istilah 'hujan pasir' dalam bahasa melayu. Hujan batu ada la. Tapi sebab hujan batu yang turun pagi tadi lebih kepada rupa pasir jadi aku bagi tajuk post kali ni sebagai hujan pasir. Banyak kali dah kami merasa hujan batu selama dok sini macam pagi tadi tapi sebelum ni tak pernah aku berkesempatan nak snap photos betul-betul. Masa turun tu lebih kurang antara jam 7.45-8.00 pagi. Waktu tu aku tengah bersiap nak ke universiti dan bila dengar macam hujan aku tengok ke luar tingkap bilik tido belakang. Pastu aku terperasan rupa butir air hujan tu bukan hujan biasa tapi hujan batu. Kalut aku ambik kamera dalam bilik tido dan turun ambik gambar kat laman belakang umah. Kena cepat sebab dia cepat je cair. Dia dalam bentuk ais juga tapi bukan salji. Teksturnya kasar sikit berbanding salji. Bunyi jatuhan hujannya macam bunyi manik-manik jatuh bertaburan. Best sangat dengar jatuhan hujan batu berupa pasir. Subhanallah, ciptaanNya sungguh menakjubkan.
2 comments:
Samalah...
Sini pun hujan batu jugak...
Tapi campur dengan snow melayang-layang....
Saya selalu baca blog akak. Suka baca blog akak sebab banyak dapat input berguna :)
Post a Comment