Thursday, March 12, 2015

Kicap Jalen dan Kek Lapis

Baru-baru ni aku ke Tai Sun di Sheffield dan terjumpa Kicap Jalen. Sebelum ni hanya jumpa 2 brand kicap saja dari Malaysia yang boleh dibeli di Tai Sun: cap kipas udang dan cap ABC. Walaupon cap ABC murah skit daripada cap kipas udang aku tak berani beli cap ABC sebab sebelum ni ada kontroversi pasal status halalnya. Actually aku first time tau pasal cap ABC pon bila dok UK. Jadi tak perasan pon mula-mula kicap cap ABC tu kicap Malaysia. Sampailah satu hari tauke Tai Sun cawangan Doncaster (kadang-kadang kami ke sana lepas ke carboot sale di Doncaster sebab kat sana gudang besar dia, lebih banyak pilihan) tanya aku sama ada aku lebih suka cap kipas udang atau ABC. Tu yang aku baru tau cap ABC tu brand Malaysia. Dia kata dia sedang pertimbangkan untuk tak ambik bekalan cap kipas udang lagi. Dia kata cap kipas udang makin mahal. Kalau mahal susah nak jual. Tapi masa tu aku cakap kat dia ramai Malaysian suka cap kipas udang. Tak lama lepas aku tau cap ABC tu aku tersembang ngan kakak aku pasal kicap. Masa tu dia ada sebut ada kontroversi status halal kicap ABC. Wallahualam pasal status sebenarnya tu. Bila kakak aku sebut hal kicap ABC tu aku masih belum sempat nak cuba kicap ABC. 

Cerita sembang ngan tauke Tai Sun doncaster tu cerita tahun lepas. Nampaknya skang dia dah dapat identify alternatif iaitu cap Jalen. Maybe tengah test market. Banyak beza jugak harga kicap jalen dengan cap kipas udang jual kat Tai Sun. Kalau di Malaysia aku lebih suka beli kicap Jalen sebab sedap dan murah. Kicap kipas udang beli jugak tapi sebab mahal aku beli kadang-kadang je. 
 

Lagi satu benda baru aku jumpa di Tai Sun di Sheffield ialah kek lapis. Maybe dah lama dah ada jual tapi aku je tak perasan. Dekat £4 juga harga satu. Mahal jugak la....tapi sebab kat malaysia harga kek lapis pon memang mahal aku beli jugaklah sebab nak merasa lepas dekat 2 setengah tahun tak rasa. Kalau nak suruh aku buat, tidak le.....renyah dan lama! Sedap jugak rasa kek lapis aku beli tu tapi taklah sesedap kek lapis yang kakak ipar aku tempah kat kawan dia di Sarawak. Apa pon syukur di atas nikmat Allah sebab dapat merasa kek lapis. So pasni boleh le beli kek lapis untuk jamu tetamu masa raya. 
 


Nota kaki: 
Bila jumpa kicap Jalen tetiba rindu plak kat sarsi Jalen. Bukan setakat sarsi Jalen malah teh tarik, mee goreng mamak, char kuey tiaw, puding raja dan macam-macam lagilah aku rindu. Oh, dah lama sungguh aku tinggalkan Malaysia.

5 comments:

nurbijen said...

Bila baca ayat last sekali tu, dgn saya sekali tiba2 rasa homesick.... Rindu sgt2 kat M'sia.. Kat mak terutamanya.. eh taip ni pun tiba2 mata rasa berkaca jer.... huhuhu

Ayat sedapkan hati, sikit jer lagi, sikit jer lagi.. Insya Allah semoga Allah permudahkan perjuangan kita :)

Naflyna said...

Amin. Semoga segala perancangan kita berjalan lancar.

cik z said...

Perggghh my favorite kicap jalen ada di uk

Naflyna said...

Tu la....jalen dah tembus pasaran uk. Bila jumpa kicap jalen teringat sarsi jalen. Bila teringat sarsi jalen teringat kat ko sebab ko lah yg introduced sarsi jalen kat aku ms kita dok umah sewa masa master dulu :)

Jalen Malaysia said...

Terima kasih atas penulisan anda. Kami hargai sokongan anda terhadap produk keluaran Jalen. Kami doakan anda berjaya didalam perjuangan anda disana.

Salam perkenalan,
Team Jalen
Jalen Sdn Bhd