Friday, March 13, 2015

Ismael Buat Aksi Akrobatik

Ada satu hari last week aku sampai school anak-anak awal untuk hantar depa. Sementara tunggu cikgu bukak pintu aku biarkan anak-anak main kat mini playground dalam kawasan sekolah, tak jauh dari pintu masuk ke nursery Ielyas. Biasanya situlah depa dok main kalau kami sampai awal. Tetiba nampak Ismael buat aksi yang mengejutkan aku.

Ini first time aku tengok Ismael boleh meniti atas tali tu. Sebelum ni dia akan skip part ni sebab dia tak sampai. 

Bila Ismael buat macam ni aku terbeliak bijik mata. Uikksss....berani plak dia buat macam ni.

Aksi akrobatik ni lagi besar-besar mata aku terbeliak sebab tak sangka dia boleh buat macam ni.

Ni mesti terpengaruh tengok budak-budak lain buat macam tu. Nampaknya Ismael dah pandai buat satu perkara baru. Cuma masalahnya perkara baru yang dia buat ni bahaya. Lepas aku tengok dia buat tu aku nasihat elok-elok kat dia jangan buat macam tu lagi sebab takut jatuh. 

3 comments:

Sweetie said...

Tapi comel aksi tu... cuma kita sebagai mak ni takutlah dia jatuh dan sakit... Tapi satu perkara yang kita tak sedar sebenarnya Naflyna, ianya keyakinan diri...

Naflyna said...

Tu la kan.... Saya sendiri tak boleh nak buat macam dia buat tu. kadang-kadang bila dia buat benda pelik-pelik macam kat atas tu saya fikir jugak patut larang ke tak. Dilema seorang mak :)

Anonymous said...

Salah satu sebab atlet org putih berjaya ialah berani dan kreatif..hehe