Saturday, March 21, 2015

Pertandingan Bowling Wanita PMPMS 2015


Petang semalam ada pertandingan bowling wanita untuk ahli PMPMS. Aku tetap gi universiti dulu buat kerja macam biasa. Then kol 3.40 petang baru aku naik tram ke Valley Centertainment. Aku sampai kat tempat pertandingan sharp kol 4 petang. Tapi masih ramai lagi tak sampai. Biasalah janji melayu. So, tunggu le dulu sampai semua yang nak main sampai. 


Sembang-sembang dulu sementara menanti yang lain datang

Kampung aku (Darnall) hantar 2 team. Aku dalam team 'Hot n Spicy'. Nama group kami tu sapa punya idea aku pon tak tau. Bila aku datang nak main memang dah ada nama kumpulan sebab semuanya telah diputuskan dalam group whassap. Tapi aku ok je. Aku takde whassap jadi aku memang selalu ketinggalan. Huhuhu...
 

Kumpulan aku, 'Hot n Spicy' 


Mula-mula main cerah, pastu jadi glow in the dark. Perhatikan palang longkang telah dinaikkan setelah ramai asyik masuk longkang. Huhuhu....

Ahli group aku semua bersemangat. Oleh kerana group kami bersemangat, kami menang pertandingan hari tu. Kami sungguh menang. Tapi 'MENANGgung' kekalahan. Hahaha..... Walaubagaimanapon, kami serius menang. Walau tak menang part main, kami menang hadiah pasukan paling havoc. Kira orrait la tu. At least kami tak balik dengan tangan kosong. Dapat le setiap sorang balik dengan beberapa bungkus keropok Walkers habuan untuk anak-anak masing-masing dan 4 bekas salt n pepper yang comel-comel.
 
Kumpulan aku menang hadiah 'Semangat Setiakawan' sebab group paling havoc

Bergambar kenangan ngan Zaa (baju hijai) dan anaknya Aydin n jugak Kak Anoi. Zaa dah nak balik Malaysia for good dah.
 
Terima kasih sangat kat ajk yang susah payah organize pertandingan tu. Walaupon ajk sibuk sebab ajk pon study tapi aktiviti semalam sedikit sebanyak dapat merapatkan ukhuwah di kalangan ahli persatuan yang tak selalu dapat jumpa
 


Nota kaki:
Some photos kat atas tu aku ambik dari FB Zaa

No comments: