Friday, March 6, 2015

World Book Day

Siang tadi Ismael n Ielyas gi school pakai costume sempena World Book Day. Semalam cikgu kelas masing-masing bagitau kat semua parents pasal World Book Day dan budak-budak semua digalakkan untuk pakai costume favourite character from a book. Kalau yang ada anak di nursery, cikgu siap bagi surat pemberitahuan.

Sayangnya cikgu bagitau last minute jadi mana sempat nak cari costume untuk Ismael n Ielyas. Kalau cari kelmarin pon belum tentu jumpa sebab semua sekolah di UK ada event yang sama! Cuma maybe buat hari berbeza je. Oleh kerana tak sempat nak mencari costume exactly ikut tema aku belasah je bagi pakai baju tido depa yang ada kepala binatang yang aku pernah citer dalam satu post sebelum ni. Mujur jugak Ismael pakai jugak costume ke school pagi tadi. Ismael citer ada kawan dia menangis bila tengok ramai kawan-kawan lain pakai costume dan kawan dia tu datang school pakai baju sekolah. Huhuhu....Risau jugak Ismael melalak kat school tu yang aku gigih suruh dia pakai apa yang ada. Huhuhu....

Sampai school aku hantar Ielyas dulu ke nursery dan Ismael ikut sekali. Masa masuk ke pintu nursery nampak cikgu Sayyida pakai costume with a red cape terikat di leher dia. Kami orang pertama sampai nursery. Bila melangkah masuk tu cikgu Sayyida kata ada surprise. Sekali nampak ada maskot Donald Duck menunggu. Bila dengar suara dari maskot Donald Duck tu aku dah tau sapa kat dalam, cikgu Leverage berbangsa Inggeris. Ismael ngan Ielyas tersenyum syok. Tapi Ielyas syok dalam takut. Dia tak berani nak gi dekat. Bila cikgu Leverage perasan Ielyas takut dia bukak kepala Donald Duck tu kejap. Ielyas macam terkasima sekejap. Hahaha....Aku apa lagi. Pulun le amik gambar yang mana sempat. Mujur cikgu tak kisah. Tak lama lepas tu budak-budak lain ngan parent masing-masing pon sampai. Mujur kami sampai awal jadi takdelah berebut-rebut nak amik gambar. Dua orang budak sekelas ngan Ielyas yang aku sempat jumpa sorang pakai baju watak princess dan sorang lagi berpakaian watak Peter Pan.  







Lepas settle hantar Ielyas aku gi hantar Ismael plak ke kelas dia. Masa on the way nak ke kelas dia tu kami nampak budak-budak lain ramai jugak yang pakai costume macam-macam watak terutamanya yang umur tua dari Ismael. Cikgu-cikgu takde sorang pon terkecuali daripada pakai costume. Costume cikgu-cikgu lagi dahsyat. Ada satu cikgu lelaki ni dia pakai costume Genie, character dalam citer Aladdin. Siap tunggu kat corridor sambut anak murid. Huhuhu.....Ada masa on the way nak ke school tadi kami nampak sorang tu (cikgu rasanya) siap pakai costume macam tengah menunggang kuda. Dia jalan dengan costume tu dari rumah dia buat selamba je dengan bawa barang-barang lain lagi. I bet her students must be very excited to see her in that dress.

Sampai di kelas Ismael aku nampak cikgu Ismael pon pakai costume jugak. Tapi aku tak dapat identify costume apa yang dia pakai jadi tak boleh nak bagitau kat Ismael costume apa cikgu dia pakai. On the way nak ke universiti dalam tram lepas hantar Ismael tu baru aku teringat she actually dressed as Alice dalam citer Alice in Wonderland. Sayangnya cikgu dia kata kalau nak ambik gambar dengan dia masa pick up Ismael from school. Bukan aku yang pick up dia jadi takde le gambar kenangan.

Apa pon World Book Day satu pengalaman menarik untuk kami.


Nota kaki:
Sehari sebelum World Book Day ada demo oleh cikgu di kelas Ismael macam mana nak baca buku cerita untuk budak-budak. Alhamdulillah, dapat la jugak sedikit sebanyak idea macam mana nak tarik perhatian anak-anak baca buku bersama-sama. InsyaAllah, akan cuba dipraktikkan mana yang boleh.

No comments: