Saturday, March 7, 2015

Playdough Workshop

Pagi Selasa lepas nursery Ielyas ada buat playdough workshop untuk parents join bersama anak masing-masing. Cikgu-cikgu nursery buat aktiviti nak bagi idea macam mana nak main playdough di rumah. Aku pon tunggulah untuk sejam dari jam 8.30-9.30 pagi. Bersungguh cikgu-cikgu nak tolong parents supaya berkreativiti buat aktiviti/permainan di rumah. Patutnya aku boleh tunggu lama lagi sampai Ielyas boleh terus balik dari nursery tapi aku kena ke universiti sebab ada kerja nak kena siapkan. Jadinya aku mintak diri awal. Aku maybe terlepas sesi demo macam mana nak buat homemade playdough seperti yang dijanjikan oleh cikgu dalam surat pemberitahuan dapat last week.

Ini aktiviti buat adegan berdasarkan buku cerita Gruffalo. Watak dan buku cerita Gruffalo ni sangat famous dan disukai di kalangan budak-budak kat sini walaupon rupanya quite scarry.  Actually sekali tengok macam scary, lama-lama tengok comel plak. 

Yang kaler coklat ada kaki tangan tu le Gruffalo. Gruffalo tu ada pegang kacang. Ielyas yang buat tapi muka Gruffalo dia terpenyek skit sebab dia tempek matanya kuat sangat. Yang kaler kuning ada ekor tu tikus. Yang ada terpacak batang spaghetti tu pokok. Yang panjang-panjang banyak-banyak kaler coklat tu plak Ielyas kata worms, watak tambahan rekaan Ielyas. 

Cuba buat shapes plak.



Before aku beredar cikgu bagi starter pack which contains booklet of different ideas as well as seketul playdough untuk main kat umah. Dalam starter pack tu jugak ada disediakan cara-cara nak buat homemade playdough dan satu set prop untuk main satu permainan guna playdough. Hujung minggu ni kalau sempat boleh le nak buat aktiviti playdough beria macam cikgu tunjuk kat nursery aritu. 




No comments: