Thursday, March 19, 2015

Kereta Klasik Berkilauan

Masa aku gi merayau-rayau ngan hasben kat Ecclesall Road aritu (hari sama dengan aku gi Mookau dan Design Studio) ternampak satu kereta lama buatan US. Subhanallah, cantik sangat kereta tu. Dah le warna utama dia merah, siap berkilau-kilau macam baru lepas polish. Kilauan dia nampak bersinar-sinar bila kena cahaya matahari. Antara kereta klasik paling lawa aku pernah aku jumpa di atas jalan dalam hidup aku.


Bukan aku sorang saja dok perhati kereta tu. Ramai lagi orang dok perhati sama. Masa mula-mula aku nampak kereta tu, tuan dia tengah nak parking kereta dia. Bila tuan dia dah beredar memang aku teringin sangat nak pi amik gambar tapi takut le plak. Tapi pastu bila aku nampak orang lain pon ramai pakat dok amik gambar aku pon join sekaki le. 


Bila dah siap amik gambar baru aku perasan tuannya tangah minum kopi kat depan satu kedai tak jauh dari situ. Adoi....kantoi. Tapi bila aku nampak dia rileks je, aku pon buat selamba badak je la. Mesti dia dah biasa ngan ramai orang suka amik gambar ngan kereta dia yang bukan setakat lawa tapi jugak unik dalam zaman skarang.

No comments: