Tuesday, March 10, 2015

Sepagi di Sheffield Botanical Garden

Pagi Sabtu baru-baru ni kami ke Sheffield Botanical Garden. Misi utama nak cari spring bulb. Pada masa yang sama nak bagi chance pada anak-anak main kat luar. Masa kami gi tu blom banyak lagi bunga keluar. Spring bulb dengan snow drop je yang nampak ketara di sana sini. Ada jugak nampak beberapa jenis bunga lain tapi tak banyak. 











Kami anak-beranak suka ke Sheffield Botanical Garden sebab seronok tengok tupai. Kat sana ada banyak tupai. Tupai-tupai tu agak jinak. Kalau dia nampak kita pegang makanan terutamanya kekacang dia akan datang dekat kita. 




Nota kaki:
Tuesday last week ada parent meeting ngan cikgu kelas. Masa tu dapat jumpa cikgu kelas Ismael secara personally dan cikgu bagitau pasal progress Ismael so far and what are her concerns. Kata cikgu budak-budak baya Ismael elok dibiarkan main kat luar rumah ditemani parent(s) at least setengah jam sehari supaya minda dia berkembang. Aku terdiam kejap bila dia cakap macam tu. Mana la kami ada masa nak buat hari-hari terutamanya during weekdays. Balik umah dari universiti pon hari dah gelap. Seminggu dua ni plak bila kami balik Ielyas dah tido. Sabtu atau Ahad je masa terbaik yang kami boleh usahakan. Sabtu atau Ahad sebolehnya kami elak buat kerja di rumah sebab tak nak psiko anak-anak. 

4 comments:

Sweetie said...

Naflyna, agak-agak bila saya datang Julai ni, suasana ni masih ada lagi tak, ke... tak tukar musim... Teruja jugak mak ni... hehehe

cik ecah said...

tingi nya ismael panjat....ielyas dah panjang..hehe encik nafri dah kurus+slim...hehe

Naflyna said...

Bunga-bunga yg kat atas tu rsnya dah takde masa bulan julai. Tp sy rs keluar bunga lain pulak. Bunga ros mungkin ada banyak. Yg pasti masa tu pokok-pokok merendang cantik masa tu. Ada satu pokok ni dia berjurai-jurai cantik dan tupai banyak kat situ. Nanti ambik banyak-banyak gambar kenangan kak sweetie :)

Naflyna said...

Tu la...berani dah la ni ismael memanjat tinggi2. Ielyas dah nak sama tinggi dah dengan ismael. Encik nafri nampak kurus tu ilusi optik je. Hahaha