Tuesday, January 13, 2015

Hidung Ielyas Berdarah


Jumaat lepas entah macam mana tetiba hidung Ielyas berdarah. Masa tu aku tengah solat Asar. Lepas solat aku tengok Ielyas tengah menangis tak jauh dari pintu bilik tido kami. Sebelum aku solat aku dah bagitau kat Ielyas siap-siap aku nak solat. Kena bagitau dia sebab kami berdua je ada kat umah. Bila aku tengah solat kalau dia nak ke tandas dia tau dia kena buat semua sendiri tanpa bantuan aku kalau aku dah siap-siap bagitau. Kalau tak bagitau dia akan tunggu.

Masa aku tengok dia menangis tu aku ingatkan dia nak sesuatu. Aku tak perasan lagi hidung dia berdarah sebab tempat dia duduk tu agak gelap. Bila dia bangun dari duduk baru aku perasan. Terkejut aku. Sambil dia menangis tu dia sebut "dirty....dirty....". Aku pon cepat-cepat ambik gambar dulu untuk reference n then bawa dia bersihkan darah di muka dan tangan dia n also tukarkan baju lain.

Lepas dah siap basuh tu terlupa plak hidung dia darah belah mana. Mujur ada ambik gambar. Jadi dapat la pastikan belah mana yang berdarah. Bukan apa, just for reference in future time kalau perlu. Sebab berdarah tu tak plak dapat aku pastikan.

4 comments:

Sha said...

Allah...sian nya ielyas..byk lak tu darah..sbb sejuk ke..sian dia... (T_T)

Unknown said...

Assalamualaikum kak, nama saya azy masih student lg , jika tak keberatan boleh saya hubunggi akk, need a few advice jika akk tak keberatan.

saya akan try email akk ye, ada try tgk2 chat box akk, ada nampak email akk, jika akk ada fb saya harap jika akk tak ksh we can be friends there ye.. thank you so much kak.

sweetie said...

Anak lelaki saya (yang duk Sheffield skrg )kalau hidung dia berdarah disebabkan suhu badan dia tak stabil.

Naflyna said...

Kak sweetie, rasanya betul kot sbb masa tu dia tak berapa sihat