Wednesday, March 18, 2015

Jalan-Jalan ke Sheffield City Centre

Ini bulan lepas punya cerita. Pagi 28 Februari (Sabtu) kami bawa anak-anak ke Sheffield City Centre. Kami gi jalan-jalan di Peace Garden. Kebetulan minggu tu kami beli weekly tram pass. Jadi boleh le ke city centre utilize tram pass tu. Di Peace Garden, Ismael terutamanya enjoy sangat main water fountain.







Pastu kami ke Sheffield Winter Garden, tak jauh dari Peace Garden. Masuk dalam tu rupanya ada program Science Alive untuk budak-budak yang dikendalikan oleh student dari University of Sheffield. So, terisilah waktu anak-anak hari tu dengan aktiviti buat eksperimen-eksperimen sains mudah. Aku rasa Ismael ngan Ielyas tak faham pon apa mesej yang cuba nak disampaikan tapi depa nampak seronok. Depa lagi seronok bila dapat sticker n souvenir. 






Masuk dalam rumah kaca Winter Garden tu dapatlah jugak aku jamu mata tengok tumbuhan yang kebanyakannya susah nak tengok kat UK dengan cuaca 4 musim ni.  




2 comments:

fizz said...

kak, saya perasan sekarang gambar akak cantek-cantek. Pandai amik gambar. nampak sharp dan terang sangat.

Naflyna said...

Kalau rajin kak lyn pakai le manual setting. Tapi bila agak-agak malas atau nak cepat kak lyn pakai je auto setting. Hahaha....