Sunday, February 22, 2015

Students' Union

Students' union di universiti tempat kami belajar sangatlah best. In fact, our students' union is rated consistently as the best in the UK's by Times Higher Education Student Experience Survey since 2010 sehingga statistik tahun terkini, 2014. 

Masa mula-mula gi ke students' union building tahun 2012 dulu sungguh aku rasa kagum. Giler dahsyatlah facility di situ. Bukan setakat cantik tapi jugak cozy, efficient, helpful n informative. Julai 2012 pihak universiti mula buat refurbishment secara besar-besaran pada our students' union building. Kiranya masa kami register universiti dulu (September 2012) tu dia dah mula refurbish. Peruntukan untuk refurbishment tu lebih 20 juta pound! Mana tak invest banyak sebab our students' union gives significant contribution to university's good reputation. Hujung tahun lepas bila refurbishment siap sepenuhnya aku ngan hasben pon pi lah pusing-pusing kejap kat sana dan minum kopi. Subhanallah. Lepas refurbishment nampak lebih dahsyat. Bukan setakat cantik, cozy, efficient, helpful n informative tetapi jugak nampak lebih teratur, ceria dan futuristik. Lebih banyak cafe disediakan dan beberapa fasiliti baru jugak turut ditambah. 

Masa ni dah lewat petang. Tu yang nampak tak ramai orang. Sebelah kiri tu kaunter box office. Kat situ boleh dapatkan  macam-macam entrance tiket dengan harga diskaun dan ada jugak yang diberi percuma. Cuma perlu present student card then kita akan dapat free ticket/discount ticket yang kita nak. Kadang-kadang tak perlu tunjuk student card pon boleh dapat. Yang sebelah kanan tu plak kedai jual macam-macam keperluan: alat tulis, wishing cards, newspaper, fresh fruits, tidbit, bakery, sandwiches dan macam-macam lagi la. Actually sebelah kanan kedai tu plak ada kedai jual barang souvenir universiti. Kedainya tak nampak dalam gambar. Rupa kedainya ala-ala kedai Ted Baker gitu. Bukan cikai-cikai ye decoration kedainya. Yang kat atas tu tempat untuk lepak. Sesapa pon boleh duduk kat mana-mana tempat kosong. Boleh study, buat discussion, sembang-sembang, makan minum atau surf internet. Kalau gi masa lunch hour satu perkara biasa kat atas tu kalau student selamba je duduk santai/bersila atas lantai kalau tempat duduk dah penuh.  

Kaunter pertanyaan terletak betul-betul di depan pintu masuk utama bangunan. Siap ada tulis perkataan 'selamat datang'.

Student Services Information Desk. Inilah servis yang paling banyak kami guna setakat ni. Actually servis dia bukan setakat untuk student je tetapi jugak untuk staff dan pelawat. Nak dapat approval kalkulator untuk bawa masuk exam pon kena datang sini ye. Orang yang jaga kat kaunter SSiD tu semuanya mesra dan helpful. Kalau hilang student card, datang sini dan once sampai kita punya turn to be served, student card yang baru dah siap dalam masa beberapa minit je. Rasa macam tak sampai 2 minit kena tunggu. Segala akses office dan library also will be activated immediately untuk kad kita tu.  

Statistik servis provided by the SSiD

Student Jobshop. Yang kertas A4 banyak-banyak tampal kat cermin tu iklan kerja kosong part time n full time. Dalam website ada banyak lagi iklan. Di online kita siap boleh set alert by email untuk kerja kosong tertentu yang kita nak.

Ofisnya dah tutup. Kat sini kita boleh dapatkan info accomodation/rumah sewa dalam kawasan universiti atau tak jauh dari universiti.

Di salah satu cafe. Masa ni kami tengah tunggu satu talk. 

Ke manakan setiap satu pound yang dibelanjakan di Students' Union outlet?

Tu dia.....banyak giler persatuan di bawah our students' union. Tapi antara persatuan yang aku paling tak sokong adalah persatuan Lesbian, Gay, Bisexual and Trans. Unfortunately persatuan ni antara persatuan yang paling bergiat aktif di universiti dan jugak lantang bersuara sampaikan boleh dapatkan approval pihak universiti untuk wujudkan sharing toilets di tempat-tempat tertentu dalam kawasan universiti.

Tempat-tempat yang aku sempat ambik gambar tu baru yang dekat tingkat satu je. Itu pon bukan semua. Ada lagi....Yang dekat ground floor n level 2 takde dalam gambar. Gambar first tadi ade le nampak skit level 2. Itu blom masuk yang kawasan outdoor lagi. Memang welcoming sangat suasananya.

Sayangnya kedudukannya students' union building tu agak jauh dari department kami. Jadi tak kuasalah nak gi ke situ melainkan ada urusan.  Tapi bila pikir balik mujur jugak jauh. Kalau tidak banyaklah duit kami spend untuk minum kopi selalu kat situ :)

2 comments:

sweetie said...

Ada tertulis perkataan "Selamat Datang' itu menunjukkan ramai pelajar Melayu di sana.

Naflyna said...

Memang ramai. In fact, the second largest international student population after China students :)