Thursday, April 16, 2015

Berani Dengan Ketinggian

Ismael memang suka memanjat. Malah kadang-kadang dia berani buat aksi yang aku tak sangka dia boleh buat macam yang aku pernah citer dalam post terdahulu kat sini. Di rumah dia suka panjat sofa, panjat pintu dan yang paling membuatkan aku cuak bila satu hari dia panjat ke tingkap bilik air. Bilik air umah kami kat tingkat atas dan rumah kat sini takde grill macam kat Malaysia. Jadi kalau dia buat cubaan nak panjat tingkap tu memang scary. 

Satu petang masa cuti sekolah baru-baru ni kami bawa Ismael n Ielyas ke High Hazels Park. Kat sana ada playground yang mana ada tempat main panjat-panjat dalam rupa spider web. Kami allow Ismael lepaskan gian dia nak memanjat. 




Sungguh aku tak sangka Ismael sungguh berani panjat sampai ke tali pijak paling atas. Kami laki bini ready je dari bawah. Aku purposely biar dia memanjat tinggi bila aku tengok cara cengkaman dia pada tali tu nampak kuat dan cara dia panjat nampak berhati-hati. Sikit pon dia tak nampak takut bila dah sampai di puncak.



Entah dari siapa la dia warisi keberanian macam tu. Bila aku tanya papa dia, dia kata dia pon tak sure sama ada dia dulu berani panjat tinggi-tinggi macam Ismael. Aku rasa jawapannya tak le tu. Macam tipu je kalau tak ingat benda yang hebat kita boleh buat masa kecik. Lagi pon takde sesapa pon citer kat aku kehebatan hasben dalam panjat-memanjat. Hahaha..... Aku dulu masa kecik-kecik setakat berani panjat pokok rambutan je. Itu pon demi nak petik buah rambutan paling besar dan merah. Rasa gayat tu tetap terasa terutamanya bila angin bertiup masa tengah memanjat. Kiranya aku bukanlah berani sangat dengan tempat tinggi. Tapi jangan tak tau, aku pernah ada cita-cita nak jadi juruterbang jet pejuang. Tapi cita-cita aku tak kesampaian sebab kena pangkah ngan abah aku. Huhuhu...... 

1 comment:

sweetie said...

Tinggi betul tu... kalau anak saya mmg dah memekiklah saya suh dia turun...