Sunday, May 3, 2015

Geram

Hari ni aku nak luahkan apa aku rasa setelah aku tengok ramai betul keyboard warriors menghentam rakan seuniversiti semalam dan jugak hari ni di FB. Biar aku namakan rakan aku tu Dr A. To be honest aku tak kenal pon sapa Dr A. Tapi oleh kerana orang yang mempertahankan dia somebody yang aku kenal budi pekerti dia, jadi aku tak rasa Dr A yang dia pertahankan tu BODOH lagi BENGAP! 

Ceritanya bermula apabila keluar suratkabar pasal satu kit. Giler ko aku cakap kontroversi sebab dalam satu group golongan cendiakawan telah mengundang beratus komen! Hari ni aku tengok post yang ada beratus komen tu dah di delete. Tak pasti plak sapa yg delete. Tapi masih ada lg yang tak puas hati n buat satu pos baru nak hangatkan benda yang sama. Pon ada beratus komen. Kira kontroversi la kan? Kit apa? Haa....tengok gambar kat bawah ni:


Ok....sekali tengok gambar kat atas tu aku percaya ada di kalangan yang membaca ni akan rasa macam kelakar tambah-tambah bagi orang yang terlalu taksub dengan research berasaskan penjelasan saintifik dan logik akal. Bila tengok harga kit tu lagi rasa macam "BIAR BETUL....." Dan kalau korang google-google plak korang akan rasa la.....isi dalam box yang rupanya macam kotak happy meal tu macam takde sesuatu yang baru pon. Yang lebih menjadi bahan ketawa bila isi dalam box tu ada sepasang chopstick. 

Aku rasa penulis surat kabar tu telah mengeluarkan tajuk berita yang terlalu catchy sehinggakan menampakkan kit tu macam satu kit bodoh. Aku tak tuduh le wartawan tu berniat nak buat camtu tapi sesungguhnya secara tak sengaja dia terbuat macam tu. Memang rasa nak ketawa baca tajuk huruf besar tu terutamnya bagi orang yang tak percaya atau tak berapa nak percaya benda-benda ghaib yang Allah ada sebut dalam al-Quran. 

Cer korang bersangka baik. Cer korang baca ayat yang tertera harga kit tu betul-betul. Harga kit tu merangkumi kursus dan latihan yang kita pon tak tahu berapa banyak masa dan effort diperlukan oleh pihak yang buat kit tu. Ntah latihannya lebih seminggu. Kena la selidik. Cuba le selidik habis-habis berapa lama kursus dan latihannya yang mungkin menjadi penyebab utama kenapa kit tu harganya semahal tu. Kursus dan latihan intensif apa jugak cabang ilmu hari ni rasanya tak banyak yang harganya dua tiga ratus beb....Masa aku zaman sekolah tahun 1998 pon sekolah cari bajet belas ribu oooo nak bayar penceramah kerana kepakaran dia. Itu bayaran nak dengar ceramah satu hari je. 

Kesian Dr A dengan research group dia yang sakan dihentam di media sosial dan merata blog kerana memperkenalkan kit tu tanpa orang yang menghentam dan mengomen tu betul-betul selidik apa yang depa hentam tu. Menurut sorang kawan lain seuniversiti, Dr A bukanlah orang yang caca marba. Dia seorang ustaz dan aku percaya dia tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang betul mana yang salah. 

Tentang jumlah geran penyelidikan yang dikatakan berjumlah hampir RM200K untuk hasilkan kit tu, sekali lagi aku cuba bersangka baik. Entah betul entah tidak itu jumlahnya. Kita takde bukti. So, jangan kita sembang lebih menyalak sana sini. Berdasarkan pengalaman aku yang dok tengok kawan-kawan buat reasearch bila apply grant biasanya jumlah duit grant yang depa dapat bukan semata-mata untuk satu outcome tapi jugak untuk outcome bagi sub-sub projek lain yang berkaitan. Dalam kes kit tu maybe orang nampak RM200K untuk satu kit yang dianggap takde apa-apa (untuk sesetengah orang la...) tapi mungkin sebenarnya untuk buat kajian-kajian lain bagi memperjelaskan perkara-perkara yang sedang dipertikaikan oleh keyboard warriors. Sapa tahu kan?

Maybe korang tertanya-tanya apa faedahnya aku defend Dr A. Aku dengan sukacitanya nak bagitau bahawasanya aku tak dapat apa-apa komisen pon jauh sekali nak dapat kit tu FOC. Salah satu tujuan aku buat post ni untuk mengingatkan diri aku supaya kita kena berbaik sangka dalam hal-hal macam kes Dr A dan kit dia. 

Dan tujuan aku buat post ni jugak sebenarnya untuk meluahkan rasa geram yang tak terhingga bila ada orang seolah-olah menghina universiti aku macam pensyarah di universiti kami buat research takde impact. Hello....orang yang kutuk bukan main tu mostly pensyarah/researcher jugak. Aku percaya yang dok tukang kutuk tu H-index tak tinggi mana pon! Kalau H-index lebih 20 maybe layak la nak bagi komen lebih sikit itu pon sepatutnya dengan cara bijaksana yang selayaknya dengan kredibiliti 'bijaksana' yang ada. Atau kalau research gempak sampai NASA pakai untuk kemaslahatan umat manusia kira layak la jugak nak komen lebih-lebih. Ini setakat research cukup-cukup makan atau syok sendiri dan setakat dapat citation tinggi sebab contribution to knowledge yang tak seberapa, baik diam-diam je lah. 


Tahu tak sapa antara yang mempopularkan kit Dr A sampai menjadi bahan ketawa ramai orang? Mesti kawan-kawan seuniversiti dengan aku terkejut kalau aku sebut sapa. Tak payahlah aku sebut sapa sebab nanti orang yang pro kat orang tu kecam aku plak. Tapi orang tu memang kalau aku sebut satu Malaya kenal lah n ada pengaruh. Aku cuma nak tunjuk apa yang tertulis di wall FB dia. Tak pasti dia yang tulis sendiri atau orang lain yang tulis dan dia hanya copy paste je. Tapi aku rasa most probably korang setuju kalau aku kata bila kita tak suka/tak agree sesuatu yang ditulis atau diperkatakan kita takkan share atau letak di wall kita. Ye tak? Dah share tu satu hal, membuka jalan kepada orang mempersendakan agama sendiri tu yang tak tahan sampai Ca Ya Nun Alif ramai yang ketawa. Ca Ya Nun Alif tu lantak pi la nak ketawa sebab sapa belajar agama tentu tau iblis dan jin biasanya tak minat ngan depa sebab depa kan konpem masuk api besar. Ni yang belum tentu nak masuk peti ais atau kawah menggelegak pon nak join ketawa sekali siap suruh buktikan kewujudan jin secara saintifik. Lu apa hal? Sekali kena dengan sorang pembidas bijak tanya balik: adakah miss X boleh membuktikan kewujudan tuhan secara saintifik, sengap plak. Ambik kau kena sedebuk! Huhuhu....Nak sangat kot tengok rupa jin n iblis tu macam mana. Jangan la terlalu angkuh bila bercakap. Takut nanti terkencing dalam seluar dan tak tak cukup tanah nak lari kalau Allah takdirkan dapat tengok jin atau iblis.


Sangatlah sedih bila nama universiti aku diperkecilkan. Sedih jugak bila kita sentiasa menjadikan ranking sebagai kayu pengukur kejayaan universiti. Korang setuju tak kalau aku kata Universiti al-Azhar tu universiti yang hebat tapi setahu aku tak pernah pon tersenarai dalam top 100 universities? So, adakah kerana dia tak tersenarai dalam top 100 korang nak kata dia tak bagus? Salahkah Dr A cuba memberi sumbangan kepada masyarakat Islam tempatan khususnya dengan menghasilkan kit A? Ada orang rasa Dr A macam cuba kaut keuntungan je bila tengok harga kit tu. Dia jual kepakaran dia dalam bidang yang dia mahir tapi ramai yang kata dia menjual agama. Dah habis tu depa ingat ustaz-ustaz yang dok bagi ceramah pong pang pong pang ke sana ke mari dari utara ke selatan, dari timur ke barat tu takde anak bini, takde kehidupan? Oooo asal benda agama tak boleh nak jual. Hanya boleh jual dalam bentuk buku je ke? Nak free.....aje kalau bab agama. Dia anggap itu perlu jadi kerja amal tanpa bayaran. Marah tak kalau korang dah buat produk komersial then orang nak free je produk tu? Come on....tipu la kalau korang kata dengan gembira nak bagi free. Aku agak la, orang yang komen Dr A menjual agama tanpa usul periksa tu orang yang berkira dalam hal agama tapi hantar anak main piano, belajar renang pakai ketat sendat keluar modal ribu-ribu pon takde masalah. Huhuhu.....


Tukang komen pertama dalam gambar ni marah bila orang kata dia kondem research orang. Tapi hakikatnya aku rasa budak sekolah pon boleh nilai sama ada dia dan keyboard warrior yang lain tu tu dok komen ke atau condemn. Yang tukang komen nombor dua nampaknya lebih suka main seluk-seluk dalam kain untuk rawatan. Huhuhu.....

Sama ada kita sedar atau tak, sekarang ni ramai orang mengata, menyebar fitnah, menjatuhkan hukuman, membuka aib orang dengan sewenang-wenangnya di media sosial tanpa kita usul periksa, tanpa kita pasti, tanpa kita fikir kesannya pada orang lain yang tak bersalah (mak ayah dan famili orang) dan yang paling tak boleh blah tanpa kita cermin diri sendiri yang tak sempurna pon sebenarnya. 

Just to express what i feel. Geram!!! Grrr.....Jangan kutuk universiti orang ok! 

No comments: