Thursday, May 21, 2015

Kuih Akok Mudah dan Sedap

Sebelum datang UK tak pernah terjangkau dalam fikiran yang aku boleh buat kuih akok. Mana taknya, aku membayangkan kalau nak buat kuih akok kena masak pakai dapur kayu dengan bara api kat bahagian atas kuih supaya kuihnya sedap. Lagi pon kat Malaysia semua boleh beli dan memang tak buatlah dengan andaian nak buat kuihnya susah, ditambah lagi dengan takde fasiliti untuk membakar kuih. Rupanya tak pakai dapur kayu pon boleh buat kuih akok sedap. Pakai oven pon boleh n in fact jauh lebih mudah.

Tak perlu pakai acuan tradisional pon. Aku pakai muffin tray. Aku ikut resepi kuih akok dari sini. Sukatan yang diberi dalam resepi tu just nice. Kalau yang biasa aku beli di Malaysia too oily, yang aku buat guna resepi tu kurang sikit kandungan minyaknya. I like it that way!

Ismael n Ielyas excited nak tolong. Aku kasi chance depa sapu minyak kat muffin tray. Oh ye, yang carpet dekat lantai itu bukan lap kaki ye. Itu semua adalah carpet tak ajaib untuk melindungi lantai dapur yang sangatlah sejuk. Tragis sikit carpet kami. Macam-macam saiz dan rupa. Huhuhu....

Aku ratakan sapuan minyak yang dah anak-anak buat.

Tadaa.....Inilah rupa kuih akok aku yang dah siap dimasak

2 comments:

Sweetie said...

Cantik-cantik rupa akok Naflyna. Begitulah selalunya, bila dah terdesak semua jadi dan boleh! Adik perempuan saya masa bujangnya langsung tak pandai masak, walau masak nasi yang guna periuk karen... Ni dah setahun lebih kawin... dah pandai masak macam-macam dah.

Naflyna said...

Tu la kan....nak beli takde orang jual tapi teringin. Kalau ada orang jual plak, terasa nak makan lebih. Atau teringin plak nak rasa masak/kuih tu ikut citarasa kita. Tu yg kena buat jugak. Alhamdulillah, mujur ada cikgu memasak Google. Hehehe...