Ahad lepas keluarga besar warga Melayu Darnall telah berkonvoi ke Chatsworth untuk berpicnic. Actually bukan semua famili gi. Tak sampai separuh jumlah famili yang gi tapi suasananya cukup meriah. One of the best picnic experience I've ever had! Oh, kalau kat Malaysia picnic sinonim dengan mandi-manda, kat sini takde maknanya nak mandi-manda. Sejuk beb! Picnic kat sini lebih bermaksud kepada makan-makan, menikmati pemandangan sekitar, sembang-sembang dan jugak masa untuk anak-anak bebas berlari.
|
Kami siap bawak scooter sorang satu untuk Ismael n Ielyas so that they'll have ultimate fun. Ismael tengah duduk relax atas kerusi sambil makan sandwich. Alhamdulillah, si dua beradik nampak ok je budak-budak lain pinjam scooter depa dan tumpang main kat ladybird tent depa punya. |
|
Semua orang dalam gambar ni ibu-ibu yang tengah buat PhD except Kak Niza yang dok sebelah baju merah tu. Tapi tak buat PhD pon tetap banyak sumbangan dan pengorbanan untuk suami yang berjuang buat PhD. |
|
Tu dia...cerita beli periuk, sudu dan portmeirion sangatlah gamat. Dua baby yang dok kat situ sampai terkasima. Hahaha... |
|
Ismael n Ielyas seronok main baling bola lekat. Pinjam orang punya tu but we really think they had fun. Inilah antara matlamat utamanya. |
|
Ismael ngan Ielyas bukan setakat main berdua je. Depa main gak ngan budak-budak lain. |
|
Bersantai tepi sungai dengan udara segar dan nyaman mengurangkan skit stress masing-masing, baik yang belajar atau yang menjadi sura/surirumah sepenuh masa. |
|
Jejaka Darnall bergambar kenangan dengan berlatar belakang Chatsworth House. Itu rumah keluarga bangsawan Inggeris yang sangatlah kaya. Bayangkan tempat dengan pemandangan cantik, ada sungai mengalir lesu, biri-biri dan rusa berkeliaran, padang rumput menghijau seluas saujana mata memandang adalah milik depa. Kami dapat berkelah kat situ dengan hanya perlu bayar £3 per car/mpv untuk parking. |
No comments:
Post a Comment