Sehari selepas Ismael gi school after easter break hari tu dia kena cuti lagi sebab Ismael kena chicken pox. Kiranya hari Isnin Ismael pi school then hari Selasa takleh gi school. Pagi Isnin tu masa aku mandikan dia aku dah perasan ada biji-biji kat badan dia dan aku syak kena chicken pox. Tapi aku tak sure betul ke tak chicken pox sebab dia tak demam. Tapi kami terus buat appointment untuk Ismael jumpa GP untuk pastikan. Oleh kerana appointment kol 8.20 malam, kami gi universiti macam biasa dulu.
Lepas dapat jumpa GP betullah telahan aku yang Ismael kena chicken pox dan daripada penerangan GP baru aku tahu perbezaan antara chicken pox dengan measles. Kalau orang melayu kampung (yang pekan dan bandar pon ada jugak. Hehehe....) termasuklah aku ramai yang anggap measles ngan chicken pox tu benda yang sama. Dua-dua dikatakan sebagai kena campak. Tapi sebenarnya measles dia keluar gelembung-gelembung air kat kulit disertai dengan demam. Manakala chicken pox keluar gelembung-gelembung air yang kemudiannya setelah pecah akan meninggalkan kuping hitam. Dalam kebanyakan kes orang yang kena chicken pox takkan demam. So, sebab tu lah Ismael tak demam.
Rupa bekas gelembung air kat muka Ismael yang dah kering. |
Gambar kat belakang badan Ismael. Kalau prasan ada satu bekas scratch kat badan dia tu. Rasanya bekas dia garu masa kena chicken pox. |
Alhamdulillah Ismael ambik masa tak sampai seminggu untuk baik sepenuhnya dan Isnin berikutnya dia dah boleh gi skolah semula. Masa aku bagitau kat teacher dia yang Ismael tak boleh ke sekolah sebab chicken pox, cikgu dia bagitau aku yang Ismael adalah budak ke-9 kena chicken pox. Ramai rupanya yang kena. Patut le aku nampak tak ramai budak dalam kelas padahal dah nak start kelas.
Oleh kerana Ismael dah kena chicken pox, macam mustahil nak elak Ielyas berjangkit. GP sendiri bagitau aku. So, lepas tu memang aku dah bersedia mentally. Elok Ismael dah ke school semula, giliran Ielyas plak. Ielyas meragam skit berbanding Ismael. Meragam sebab gatalkan.... Tempoh Ielyas untuk baik lebih kurang sama ngan Ismael, dalam seminggu jugak.
Alhamdulillah skang ni dua-dua beradik dah ok dah. Parut pon tak banyak sangat. Aku tengah ikhtiarkan nak bagi hilang parut kat badan depa dengan sapu Bio Oil. Tak taulah menjadi ke tak. Tapi mungkin jugak susah nak menjadi sebab aku asyik terlupa je nak sapu. Huhuhu.....
No comments:
Post a Comment