Tahun ni kami ambik kesempatan untuk buat birthday party Ielyas untuk bagi semangat kat Ielyas sempena nak mula gi nursery pada hari keesokannya. Di samping tu bolehlah berkenal-kenalan dengan keluarga Melayu yang baru datang dan jugak bertanya kabar kawan-kawan yang sesetengahnya dah lama sangat tak jumpa n of course melupakan skejap keserabutan hal study yang macam-macam. But before decision untuk mengadakan birthday party dibuat aku tanya pendapat hasben terlebih dulu n sama ada dia sanggup untuk tolong. Kalau aku kena buat semua memang takkan buat la. Kebetulan birthday Ielyas jatuh pada hari Ahad, 16 November, memang cantik sangat lah sebab tak ganggu hari bekerja kami.
Kami buat persiapan beli barang-barang untuk majlis tatkala barang dapur banyak dah abis serta fridge n freezer dah habis langsung stok ayam dan daging. Jadi gi beli barang untuk majlis dengan beli barang untuk guna hari-hari serentak.
|
Beberapa hari sebelum majlis si dua beradik tolong packing goodie bags untuk kawan-kawan yang akan datang |
|
Lepas siap packing masing-masing dapat upah |
Majlis mula lepas asar (Asar skang masuk sekitar kol 1.45 petang). Malam Sabtu, lepas aktiviti angkat barang rumah Mat Nor yang dah nak balik for good dan lepas selesai tennis lesson Ismael n Ielyas baru aku mula buat persiapan masak-memasak yang mana perlu untuk hari keesokannya dan jugak buat dua jenis dessert, kek batik dan mango float. Pada hari nak buat party tu lepas solat subuh kami laki bini pon sibuklah berkungfu kat dapur. Sume persiapan masak, backdrop, tiup belon dan kemas umah dibuat pagi tu sampailah ke saat akhir before tetamu mula datang. Oklah, jom tengok citer Ielyas 3rd birthday dekat gambar.
|
Bila Ielyas bangun pagi dan kami bagitau dia yang hari tu birthday dia, pandai pulak Ielyas request nak present. Ni gambar masa tak sabar tunggu hadiah. Kami berhenti sekejap daripada aktiviti memasak for this very special moment. |
|
Tu dia muka ceria dapat hadiah lorry Transformer Optimus Prime |
Muka senyum seronok yang buat mama n papa rasa seronok jugak
|
Ismael pon dapat hadiah lorry Transformers Optimus Prime jugak tapi lain jenis skit. Tiap kali hari jadi salah sorang dua-dua beradik akan dapat hadiah sebenarnya. Kalau dua-dua tak dapat hadiah mesti akan ada yang merajuk dan keriau. Huhuhu.... |
|
Kusyuk dah masing-masing belek hadiah masing-masing |
|
Kerabu epal in the making, hasben punya task as sous chef. Aku jadi master chef pantau-pantau kerja sous chef skejap-skejap. Oh, abaikan kain yang blom berlipat tu ye.... |
|
Kari ayam hampir siap |
|
Transformers theme party was ready for Ielyas's 3rd birthday bash. Transformers are Ielyas n Ismael favourite characters. |
|
Hidangan dah siap. Yang simple-simple je kami mampu buat. Kuih apam putih merah tu Kak Zu yang sumbangkan. Jeli merah belakang kek batik tu plak Azeqa yang buat. |
|
Kak Zu dan keluarga tetamu kami paling awal |
|
Dua keluarga terawal datang adalah dari kampung sebelah, orang Tinsley. Orang Darnall gi majlis satu lagi dulu iaitu kenduri akikah yang dibuat oleh warga Darnall jugak. |
|
Tetamu dah mula ramai sebab waktu majlis kenduri akikah dah hampir tamat. |
|
Ielyas n Ismael were so excited when they saw the birthday cake. Kek ni dibuat oleh Malaysian yang memang biasa terima tempahan kek kat sini. Obviously that was a custom made cake sebab follow the birthday theme. Jenis kek yang aku mintak adalah black forest chococolate cheese cake. Sayangnya tauke buat kek dah nak balik Malaysia dah. So, pasni tak tau lah nak tuju ke sape kalau nak custom made cake lagi. Kalau balik Kuantan lagi tak tau kat sapa nak boleh tempah custom made cake tanpa was-was. |
|
Part tiup lilin ni lah part yang paling Ielyas suka. Kalau bukan hari jadi, asal nampak lilin pewangi rumah yang aku pasang mesti sibuk dua beradik kata nak "abebay baa tu yu" |
|
Tak cukup ruang sampai ada tetamu yang duduk makan kat dapur. Maklumlah, umah kami kecik je. |
|
Yang makan kat tangga pon ada. Huhuhu,,,, |
|
Hmmm....nape la hasben aku dok gawang tangan panggil aku tu. |
|
Baki kek yang tinggal. Lepas dua hari habis licin kami anak-beranak makan sebab memang sedap tambah lagi combination dengan black forest jam n cheese. Black forest filling tu siap ada buah ceri banyak ketul. Kira puas hatilah. Potongan terakhir siap berebut-rebut lagi antara aku dan anak-anak. |
|
Malam sehari lepas birthday party baru berkesempatan nak bukak birthday presents yang kawan-kawan bagi. Dan waktu ni je baru aku perasan yang gambar aku takde masa hari kejadian sebab sibuk jadi photographer n event manager. So, ni yang pulun enter frame balas dendam. |
|
Ielyas dah tak sabar nak bukak present. Abang Ismael pon tak sabar jugak macam tu semua hadiah dia jugak. But we always remind them to share the presents. |
|
Inilah hadiah yang Ielyas dapat. Ismael tumpang suka sebab hadiah adik, hadiah abang jugak. Hehehe.... |
Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang hadir. Terima kasih jugak kepada kawan-kawan yang menyumbangkan hidangan. Memang meriah la makanan kat atas meja. Tak lupa jugak terima kasih pada yang bagi birthday present. Semoga ukhuwah yang terjalin terus berkekalan.
3 comments:
Happy birthday Ielyas! Moga jadi anak yang soleh.
Saya Nadhirah, kita ada jumpa kt rumah kak Zaahirah hari tu masa birthday Annur
Thank you Nadhirah :) nadhirah ni yang masa kat umah Zaahirah aritu yg cakap pasal baca blog saya n makan dok sebelah zakiah ye?
Ya saya kak :)
Post a Comment