First time aku tau pasal wujudnya resepi mango float dari sorang kawan yang share di FB. Tapi masa tu taklah excited nak cuba sampailah aku dapat rasa di satu jamuan raya puasa lepas yang mana kawan yang share tu lah yang buat. Oleh kerana sempat merasa sikit jadi satu hari yang agak free aku pon cuba. Senang aje rupanya dan tak perlu asapkan dapur. Aku dah cuba buat dua kali untuk dijamu kepada tetamu: sekali di majlis raya haji lepas dan sekali lagi masa birthday party Ielyas. Aku buat dua bekas untuk setiap majlis dan this dessert adalah yang terlaris dan habis paling awal. Bukan nak cakap aku pandai masak. Bukan....tapi nak bagi pengaruh supaya korang cuba. Hahaha....
Bahan-bahan:
Buah mangga secukupnya (potong dadu)
Biskut rich tea/marie secukupnya
1-2 keping biskut rich tea/marie yang dihancur kasar
Fresh milk secukupnya
200g soft cheese (kat Malaysia panggil cream cheese)
280ml single cream (dipukul kental)
250-300g mango/vanilla yogurt (pandai-pandai kena adjust supaya adunan krim tak cair sangat)
1 cawan castor sugar
Cara buat:
- Pukul cream cheese dengan castor sugar. Tambah yogurt dan gaul sebati.
- Tambah selepas tu single cream yang dah dipukul kental dan gaul sebati. Cuba rasa adunan. Kalau tak cukup manis, boleh tambah castor sugar dalam adunan krim.
- Buat satu lapisan adunan krim tadi di dalam bekas casserole.
- Celup biskut marie beberapa saat dalam fresh milk (jangan sampai lembik, nak bagi lembap je) dan susun atas adunan krim.
- Lepas tu susun potongan buah mangga.
- Ulang langkah 3 sampai lapisan biskut marie + buah mangga tidak kelihatan.
- Ulang langkah 4.
- Ulang langkah 3 sekali lagi sampai biskut marie tidak kelihatan.
- Tabur biskut rich tea yang telah dihancur kasar.
- Akhir skali tabur potongan buah mangga.
Cuba la. Sangat sedap bagi yang suka cheese n yogurt.
Nota kaki:
- Mango float ni lebih sedap kalau dimakan lepas letak dalam peti sejuk beberapa jam. Kalau nak letak dalam peti sejuk seeloknya langkah 9 dan 10 dibuat masa hendak dihidangkan.
- Aku pernah cuba gantikan single cream dengan double cream tapi weksss.....tak sedap. Untuk tekak aku la....Rasa lemak dia jadi lain macam sebab fat content dalam double krim kan lebih banyak daripada single cream.
No comments:
Post a Comment