5 November lepas ada event One Darnall Lantern Parade. It was a community event for Darnall residents. Bagi menjayakan event tu ada aktiviti menghias lantern di semua sekolah di Darnall pada waktu pagi sesi persekolahan. Setiap student diberikan satu lantern (FOC) dan masing-masing hias lantern masing-masing.
Ini lantern Ismael buat kat school |
Pukul 3.30 petang bagi mana-mana parents/carers yang nak bawa anak join event tu boleh le ke Greenland's Infant and Junior School (tak jauh pon dari umah kami, jalan kaki pon boleh sampai) sebab lantern parade tu bermula kat situ. So, it was optional whether we want to go or not. Unfortunately on that day aku super busy jadi tak dapatlah nak join. Jadi anak-anak gi lah ke sana dengan papa dia.
Kat sana ada free meal dan ada jugak jualan cookies n cup cakes serendah 20 pence. Kata hasben aku, jamuan ringan free tu sponsored by council.
Di kawasan berkumpul kat skolah tu ada macam-macam performance. Ada orang menyanyi, main muzik dan buat persembahan macam kat sarkas. Kira happening jugaklah.
Dah nama event pon lantern parade, jadi adalah perarakan bawa lantern masing-masing. Depa berarak pusing sepanjang jalan utama di Darnall. So, some roads were closed for the event.
Ielyas dapat pinjam lantern abang Ismael masa perarakan sebab Ismael sibuk makan cookie |
Masa kat parade tu jumpa ngan Ismael's class teacher, Miss Gyte |
Sebelum balik jumpa ngan kakak Alisa (pink coat) n kakak Sara (blue coat) |
No comments:
Post a Comment