First time try steamboat kat Johnny's suatu masa dulu (ini citer restoren steamboat kat Malaysia ye...) aku tak le rasa gemar sangat. Pastu second time cuba lg sebab hasben teringin nak cuba lagi. Lepas kali kedua try aku rasa sedap bangat le pulak. Sejak tu restoren Johnny's jadi restoren faveret. Tapi kami berani pergi sekali atau dua kali je dalam tempoh dua bulan on average sebab kami kategorikan ia sebagai tempat makan mewah. Ye la....sekali makan untuk 2 orang kena ada at least RM40 untuk makan puas hati.
Satu hari ada kawan kami telah spark a doubt pasal restoren tu. Dia kata, perasan tak sebelum ni ada logo halal Jakim kat restoren tu dan sekarang dah takde (pada masa tu, masa la ni tak tau le). Ye, aku memang perasan sebelum ni ada logo halal tu dan sebab tu kami berani masuk. Lepas kawan tu cakap macam tu satu hari kami lalu ke restoren tu dan sungguh logo tu dah takde. Jadi, kami pon dah tak berani nak ke restoren tu lagi. But seriously, steamboat dia sedap sangat-sangat, tak boleh lupa terutamanya sos pedas yang ada bijan tu.
Kelmarin tetiba teringin plak nak makan yong tau fu sup sebab teringat satu entry dalam blog kawan yang masak yong tau fu style orang Johor, pakai kuah sup. Sebab aku membayangkan yong tau fu sup tu adalah steamboat, pastu tetiba teringat plak sos steamboat kat Johnny's tu. Bila google dan cari-cari ada satu resepi yang di share kat sini nampak macam ada rasa dan rupa sos steamboat Johnny's. Aku cuba nasib. Pergh.....berjaya. Rasanya taklah exactly rasa macam kat Johnny's tu tapi aku bagi rating 9 daripada 10. Korang boleh cuba. Mujur smua bahan yang disenaraikan tu aku ada except sunquick orange. Jadi bolehlah follow resepi tu. Kalau korang nak cuba resepi tu aku suggest cuka tu bubuh 1 sudu besar je n jus limau tu letak setengah sudu besar je dulu sebab takut sos tu korang akan rasa masam. Kalau rasa tak cukup masam, boleh le pastu tambah lagi cuka/jus limau sebanyak mana yang korang suka. Mujur masa aku buat sos tu sunquick orange tu takde kalau tak aku rasa sos aku akan jadi terlebih masam.
Resepi untuk sup steamboat tu pulak aku follow resepi dari blog kawan aku kat sini sebab aku tengok itu yang paling mudah dan aku dah cuba, bukan setakat mudah nak buat supnya tapi jugak sedap. Combination resepi sup dan sos tu memang terangkat lah.
No comments:
Post a Comment