Tuesday, November 25, 2014

Bakar Sate Dalam Rumah

Tetiba encik suami tercinta teringin nak makan sate. Sebelum misi membakar sate boleh dilaksanakan, hasben gi ke Currys nak gi beli family grill yang aku dah tolong survey spec yang aku berkenan. Dia ke sana lepas meeting ngan dia punya supervisor. Malangnya grill yang kami nak tu dah abis stok la pulak. Keesokannya dia gigih gi ke satu cawangan Currys yang lain jugak di Sheffield tapi jauh sikit dari rumah untuk beli grill yang kami dah aim dan akhirnya berjaya beli satu selepas sekian lama family grill dok dalam wishlist barang yang aku nak beli. 

Apa lagi....bersate lah kami di dalam rumah. Dah hujung musim luruh yang sejuk menyengat sampai ke tulang takkan nak bakar sate kat luar kan. Grill tu pon memang purposely kami beli supaya dapat bakar sate dalam rumah dengan jayanya. Hasben aku yang buat 100% semua benda dari memerap daging, mencucuk, buat kuah sate sehinggalah kepada membakar. Aku hanya duduk bersila makan je. Huhuhu....Aci le, sebab hari tu giliran dia masak. 

Sate yang dah siap dicucuk

Wajah riang melihatkan sate first time buat hampir siap untuk dimakan. Bakar dalam rumah je. Siap boleh duduk bersila lagi. Tapi awas, kalau area nak bakar tu ada fire alarm tak payahlah poyo sangat bakar dekat situ. Kat dapur umah kami ni takde fire alarm kat situ. 

Bagus grill ni. Nak cuci bersih pon senang je,

3 comments:

Nour Leeman said...

Sedapnye sate..mlaysian feveret..
Buat sndiri lagi sedap kan..

sweetie said...

Baguslah pemanggang sate tu... jenis yang tak melekat... nak bakar ikan pun boleh dan tak mengotorkan ruang... Berapa pound reganya tu!

Naflyna said...

Kami beli tu £34.99. Malang skit sy beli tu tak boleh control temperature dia. Jadi saya suggest kalau akak sweetie nak beli, pilih yang jenis variable temperature supaya hasil yang dipanggang lebih elok