Monday, April 1, 2013

Wales - Part 3 - Hari Kedua

Keesokan paginya lepas breakfast kami beraktiviti dalam perkampungan caravan. Jom tengok apa kami buat atau lebih tepat lagi apa yang Ismael dan Ielyas buat.

Kami naik basikal roda 4 elok-elok untuk 4 sekeluarga. Kami kayuh pusing kawasan caravan. Free untuk hari tu bagi sejam yang pertama.

Lepas penat kayuh basikal Ismael dapat naik donkey 3 pusingan. Ismael kata best naik donkey. Yang ni kena bayar 3 pound kalau tak silap untuk sorang.

Pastu Ismael join indoor activity, main lukis-lukis dan tampal-tampal dengan bantuan papa n mama. Semua aktiviti indoor yang kami join termasuk dalam pakej sewa caravan yang kami bayar.
Inilah hasil kerja Ismael

Sementara Ismael lukis-lukis Ielyas plak main toys kat sudut sebelah saja dengan tempat Ismael

Lepas semua budak dah beredar dari tempat melukis, Ielyas baru prasan ada crayon untuk main lukis-lukis. Ielyas nak cuba lukis juga.

Lepas dah siap melukis Ismael cuba main boling plak.

Lepas lunch kami mulakan aktiviti melawat plak. First kami gi ke Llandudno, satu bandar kecil di kawasan teluk. Malangnya masa kami sampai hari hujan dan membantutkan niat kami untuk turun bergambar. Pemandangan deretan bangunan (mostly hotel) mengadap laut kat sini sangatlah cantik. Pemandangan kat sini ada masuk dalam rancangan tv Great British Railway (ada ke kat Malaysia rancangan ni? Macam takde je). Oleh kerana dah tak boleh berhenti kami decide untuk naik tram ke Great Orme. Malang lagi, berlaku salah faham masa discussion antara kaum bapa untuk ke sana. Hasben aku explain ada dua cara nak ke Great Orme sama ada naik cable car atau naik tram. Tapi memandangkan kata sorang penduduk tempatan yang hasben aku approach masa orang tu tengah memancing, dia rasa tak ada cable car service sebab cuaca masa tu. Jadi hsben aku kata kami semua patut pegi naik tram. Ada pulak yang dengar naik cable car. Hahaha.....pengajaran: jangan diskas dalam hujan. Dalam tengah dok diskas tu beberapa kereta konvoi pulak dah tak bersama masa tu.


So, tinggallah keluarga kami sorang-sorang sampai di stesen tram. Nak cari parking tak mudah kat situ, one way plak. Kebetulan masa kami sibuk dok cari parking, aku tanya kat sepasang suami isteri yang lalu kat situ sama ada kami boleh parking kat kawasan yang kami tumpang buat u-turn sebab hasben aku dah menentang arus one way. Depa kata tak boleh parking situ sebab itu kawasan private parking dan nampaknya itu kawasan parking untuk penduduk apartment. Pastu aku tanya depa kat mana kami patut parking kereta. Dia bagitau kami boleh parking di sepanjang jalan tu tapi obviously takde parking lot yang kosong. Then aku nampak couple tu bercakap sesama depa dalam bahasa Welsh (aku agak la sebab aku tak faham) n dia kata kami boleh parking kat parking lot depa. Alhamdulillah, baik sungguh depa nak bagi kami tumpang parking. Tram station pulak sekangkang kera je dari situ. Sungguh kami bernasib baik. Naiklah kami sekeluarga tram yang mendaki bukit ala-ala keretapi kat Bukit Bendera, Pulau Pinang.


Dalam perjalanan naik tu, pemnadangan sangatlah cantik. Cuma sayang agak berkabus so tak dapatlah the best view. Tengah dok sedap menikmati naik tram tetiba tok penghulu tepon tanya kami kat mana. Kami cakaplah kami ada atas tram. Pastu dia kata dia dah ada kat stesen tram n suruh hasben describe macam mana rupa stesen tram tu sbenarnya. Tup...tup...nampak tok penghulu tengah menelefon hasben sambil berdiri kat luar kereta. Apa lagi, kami gelak sebab macam tak percaya boleh tengok depa ada kat tengah bukit. Rupanya ada dua stesen untuk naik mendaki, satu di kaki bukit n satu lagi di tengah bukit. Tapi yang di tengah bukit cuma untuk penumpang yang naik dari kaki bukit je yang boleh naik, stesen untuk pertukaran tram. So, nak tak nak kalau nak naik tram kena naik dari kaki bukit. Giler tinggi kereta depa naik. Masa tu kami nampak hanya kereta family tok penghulu dengan satu lagi kereta konvoi. Yang lain ntah mana dah hilang. Rupanya boleh je nak naik ke puncak Great Orme dengan kereta cuma pada aku hilanglah keseronokannya.

Sebahagian kawasan teluk dapat dilihat dari gambar ni. Berkabus skit jadi pemandangan nampak tak berapa jelas.


Sbenarnya kereta-kereta ni parking di kawasan curam. Aku agak ada la kot dalam 40 degree kecerunannya. Seriau plak aku tengok depa parking kereta macam tu.

Lagi pemandangan dalam perjalanan ke puncak Great Orme
Di puncak Great Orme bersama keluarga Hyreil

Pemandangan dari puncak

Lagi pemandangan dari puncak

Stesen trem di puncak

Bergambar sekeluarga sebelum perjalanan untuk turun balik.


Finally kami dapat berkumpul 3 keluarga masa perjalanan balik ke stesen tram di kaki bukit. Tram yang kami naik untuk balik adalah servis terakhir untuk hari tu.

Selesai lawatan di puncak Great Orme kami bercadang nak gi tengok rumah paling kecil di Great Britain. Yang kelakar, firdge magnet the smallest house in Great Britain dah beli masa gi Conwy Castle. Tapi tak tau kat mana rumahnya masa tu. Oleh kerana fridge magnet dah beli, kenalah gi kan. Lagi pon bukan senang nak sampai Wales. Dan di depan rumah kecik tu kami berkumpul 4 keluarga daripada 7. Sepatutnya lepas gi Conwy Castle kami patut trus je gi ke rumah kecik ni sebab tak jauh pon dari situ. Jalan kaki pon sampai. Tapi kami tak tau dekat je.


Sampai situ aje jalan-jalan di Wales untuk hari kedua. Cerita hari seterusnya akan disambung di next post ok....

2 comments:

Nihlah Insyirah said...

seronok baca kisah korang jalan2..tak sabar tunggu next entry, hehehe :)

Naflyna said...

Hehehe....mesti ana teringat-ingat kenangan dok kat uk ni....