Monday, April 22, 2013

Freezer

Kekangan masa dan rasa malas nak gi beli lauk kerap sangat untuk makan sehari-hari membuatkan kami decide untuk beli freezer. Oleh kerana bahagian freezer peti sejuk umah kami tak cukup besar untuk menampung stok lauk jadi kami nekad untuk beli satu freezer. Lagi pon kat umah kami di Malaysia takde freezer lagi. Jadi ini barang kenangan dok UK yang pertama termahal yang kami akan bawak balik. Hahaha....PhD pon baru 6 bulan, dah berangan nak balik. OK lah kan, motivation untuk habiskan PhD cepat-cepat.


Before this every 3 or 4 days nak kena gi beli lauk. Kadang-kadang baru lepas balik universiti dalam kepenatan berfikir solution programming/macam-macam menda nak kena settle tetiba realize nak kena beli lauk sebab dah abis. Dari rumah kami nak gi beli lauk bukanlah dekat sangat. Tapi taklah jauh sangat, cuma bukan walking distance la. Alhamdulillah, sejak ada freezer ni kami cuma perlu gi beli lauk sminggu sekali je. Jadi bila balik umah dari universiti boleh la spend masa ngan anak-anak kat umah. What a relief....


Kami beli ni through online pada 7 April n penghantaran dijanjikan pada 8 April. Mula-mula nak beli kat Argos tapi sebab Argos takde stock kaler silver (nak matching ngan kaler fridge kami di Malaysia), aku try google pilihan yang lain. Finally, kami beli dari Appliances Online. In fact, harga dia lagi murah dari Argos dan penghantaran dibuat pada masa yang dijanjikan. Sangat puas hati :)

Note: 
Kat UK ni kalau nak beli apa-apa boleh buat comparison harga di internet. Dari nak beli petrol, survey electric n gas tariff, nak beli insurance kereta dan macam-macam lagi lah. Ada banyak website yang diwujudkan untuk pengguna buat comparison. So, pandai-pandailah buat pilihan untuk penjimatan.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

berdasarkan pengalaman. Tidak digalakkan bawa balk fridge dari UK. Mudah rosak. Kawan2 dan I fridge dah lingkup! Baru 2 tahun pakai

Naflyna said...

Wslm. Alamak, ye ke? Errr....tapi yang sy bli ni bukan fridge, tp freezer. Boleh tau kenapa your fridge rosak?