Thursday, April 18, 2013

Berbasikal di Clumber Park

 

Sejak 2 minggu lepas musim bunga dah mula menjengah. Jadi cuaca dah mula tak sejuk sangat macam masa winter n autumn. Alhamdulillah cuaca pagi Sabtu lepas sunny dan sangat selesa untuk buat outdoor activity. Kami buat aktiviti lain daripada kebiasaan. Kalau sebelum ni kami melawat dengan tengok-tengok saja, kali ni kami melawat sambil berbasikal di Clumber Park, 40 km perjalanan dari rumah kami. Family Hyreil ikut kami skali, jadi pengembaraan berbasikal kami jadi lebih meriah.

Clumber Park ni terletak dalam county Nottinghamshire, tak jauh dari Sherwood Forest (hutan yang sinonim dengan Robin Hood). Luas kawasan ni lebih 3800 ekar, sangat luas dan tak larat nak explore smua walau dengan berbasikal skali pon. Basikal kami sewa daripada perkhidmatan sewa basikal yang disediakan kat situ dengan kos 8.50 pound for one bicycle with child carrier n 7.50 pound  bagi satu basikal biasa without child carrier. Basikal yang disediakan rupanya ada basikal ikut jantina kita. Kalau yang pompuan punya takde palang tinggi di celah kangkang, tak macam yang lelaki. Aku baru tau. Selain tu ada macam-macam jenis basikal daripada yang jenis biasa sehinggalah untuk mereka yang kurang upaya. Untuk kurang upaya pulak ada mcam-macam jenis, menunjukkan tempat tu memang menjadi tarikan ramai orang. Kalau nak bawak basikal sendiri ke sini pon boleh, takde masalah.

Harga sewa yang dibayar valid untuk 2 jam dan kami ikut cadangan perjalanan yang tersedia penunjuk arahnya dengan 8 checkpoint. Memang sedang elok masa 2 jam yang diberi untuk lalu smua checkpoint dan menikmati pemandangan-pemandangan yang tak mengecewakan. Jom tengok some of our snapshots yang sempat kami capture sepanjang jelajah berbasikal kami di Clumber Park.













5 comments:

Kedai Insyirah said...

wow sangat menarik!

Nafrizuan said...

Takkan tak pernah sampai kot Ana? Bukan dalam county anda ka?

Naflyna said...

Apa la abang ni. Nottinghamshire kan besar. Ana jalan-jalan tpt lagi best dari kita :)

Nihlah Insyirah said...

nafrizuan: tulah pasal. Aku cakap dengan paklah pasaipa kita tak pernah gi cycling kat clumber park macam nafrizuan tu. sonok nek beskal bawa budak2 kat carrier belakng. sedih tau tak dapat merasai pengalaman itu, kesian kat aku, huhuhuh.

Nihlah Insyirah said...

malahan sherwood forest pon aku tak pernah sampai, hahahha. Ada ja aral/alasan, hehehe.

p/s:takpe, korang tolong pegi kan lah. aku share baca blog korang jer :)