Semenjak pulang ke Malaysia dan MPV kami sampai ke tangan dari UK, Ikea telah menjadi destinasi persinggahan kami setiap kali pulang dari kampung. Mana taknya, kami perlukan perabot serta kelengkapan rumah yang functional untuk storage dan pada masa yang sama sedap mata memandang.
Oleh kerana kami target sebelum aku bersalin kami dah siap unpack dan kemas semua barang yang dibawa balik dari UK, kami memang bekerja keras untuk itu terutamanya waktu hujung minggu. Selama kami berumahtangga kami tak pernah beria renovate atau makeover rumah walaupon ada le jugak rasa teringin bila tengok rumah kawan-kawan dan jiran-jiran nampak selesa, luas dan dihias cantik. Dengan kekangan bajet yang ada tak seberapa dan tak suka berhutang dan jugak kami lebih kisah dengan perancangan nak pergi sambung belajar, kami pendamkan saja rasa teringin tu sebelum ni. Menghias la jugak tapi hias seadanya je lah dengan konsep hiasan caca marba.
Bila dah balik dari sambung belajar, semangat nak renovate rumah tu dah ada. Tapi aku pulak malas nak menambah serabut di kepala aku sebab PhD aku blom settle lagi. So, sebagai alternatif kami ambik pendekatan menggunakan ruang yang ada dan makeover rumah je supaya nampak selesa dan sejahtera.
Khamis minggu lepas kami laki bini purposely ambik cuti ke Ikea Damansara buat kali terkahir sebelum aku bersalin. Kalau gi lepas bersalin rasa tak kuasa plak nak heret baby ke Ikea untuk shopping barang besar-besar dan banyak. Sape nak tolong tolak troli? Sebenarnya cuak jugak nak ke sana tatkala aku tengah mengandung nak masuk 38 minggu. Huhuhu.....Memang gigih. Tapi demi tak mau rasa rimas dengan keadaan rumah masa dalam pantang nanti (kang takut meroyan plak tengok rumah semak. Hahaha...), aku redah je lah. Aku bawak siap-siap beg persediaan ke hospital in case terberanak dalam perjalanan. Huhuhu....
Barang-barang yang telah dibeli |
Tiga troli kami bawak turun. Huhuhu.... |
Pembelian kami di Ikea kali ni agak besar. Tapi bajet kami telah dibantu dengan Ikea gift cards bernilai RM400 yang ditebus melalui Maybank Reward points dan jugak Ikea Family Voucher bernilai RM70 hasil point terkumpul shopping di Ikea sebelum-sebelum ni. Kira banyak jugaklah penjimatan yang kami dapat.
Arah tujuan utama kami memang Ikea dan kebetulan dah janji nak beli birthday present special untuk Ismael kami gi sekali ToysRUs dalam Ikano Power Centre (IPC), sebelah je dangan Ikea. Lepas selesai membeli dan makan di satu restoren mamak kat dalam IPC tu kami terus balik ke rumah. Alhamdulillah misi tercapai.
Sebelum balik pekena lunch kat gerai mamak dalam IPC. Kalau ikut standard harga kedai mamak, hidangan macam ni plus air teh o ais limau dengan harga RM10.50 aku kira not bad. Sedap pon sedap. |
Nota kaki:
Boleh je beli melalui personal shopper. Tapi bila dicongak-congak jauh lebih untung dan puas hati pergi beli sendiri bila kita nak beli barang dengan total harga yang besar. Aku pernah try tanya dari satu personal shopper kalau nak beli satu almari ni harga kos upah yang dia kenakan RM230! Itu belum masuk barang lain lagi. Maybe kami pon boleh jadi personal shopper next time kalau untung banyak itu macam. Huhuhu.....
No comments:
Post a Comment