Untuk post kali ni aku nak simpan kenangan n share usaha kami laki bini makeover bilik anak kami, Ismael n Ielyas. Tapi gambar sebelum aku hanya sempat snap selepas bilik dah siap dicat baru. Patutnya snap gambar masa sebelum cat.
|
Sudut pandang 1 - Sebelum |
|
Sudut pandang 1 - Selepas |
Tak semua benda yang kelihatan dalam gambar situasi selepas tu kami beli baru. Ada yang kami memang dah beli dan guna sebelum ke UK (storage box Ikea kaler pink n white), ada yang kami beli di carboot sale di UK dengan harga yang sangat murah (most mainan yang ada, langsir, bedsheet), ada yang beli 2nd hand di eBay UK (almari mainan berpintu bawah dalam gambar kat atas, tilam), dapat hadiah (toys and learning materials) dan ada jugak yang kami beli untuk kegunaan semasa di UK lagi (almari mainan berpintu bawah, bedside table Ikea, permaidani, bedsheets dan duvet). Kalau nak beli serba baru semua memang kami tak mampu. Benda besar yang kami beli brand new bawak balik dari UK ialah bunk bed, toy box dan kerusi budak kaler kuning je. Benda besar yang kami beli brand new di Malaysia lepas balik dari UK ialah almari baju, red shelving unit dan storage frame untuk pink n white storage boxes yang telah sedia ada. Itu pon setelah dibuat research masa di UK, lebih berbaloi beli di Maa
|
Sudut pandang 2 - Sebelum |
|
Sudut pandang 2 - Selepas |
|
Sudut pandang 2 - Selepas |
Bilik anak kami ni memang kecik je. Jadi memang kami cuba makeover dengan susun atur yang memanfaatkan ruang yang ada sebaik mungkin. Di kawasan permaidani dalam bilik depa tu kiranya aku make sure kosong tanpa perabot dan barang yang membolehkan depa main, solat atau buat aktiviti bersama kat situ. Selain tu aku make sure mainan yang depa suka dan kerap main disimpan di tempat yang paling mudah depa nak capai.
No comments:
Post a Comment