Tuesday, August 9, 2016

Berlima

Dalam tempoh dua minggu atau kurang bilangan ahli keluarga kami akan bertambah seorang menjadi lima. InsyaAllah. Serius berdebar-debar sebab gap antara Ielyas dengan baby kali ni hampir lima tahun. To be honest, aku pon dah hampir lupa macam mana nak pegang baby, bagi mandi baby dan macam-macam lagilah. 

Gambar ambik pagi tadi sebelum pergi kerja

Berdebar jugak sebab cabaran berjaga malam macam dulu-dulu akan dilalui sekali lagi. Cabaran kali ni sememangnya akan berbeza sebab aku akan pegang tiga tanggungjawab besar serentak: a mum n wife with 3 little kids, a PhD student and a lecturer.  Cabaran yang akan aku tempuhi nampaknya akan bertambah dari yang sedia ada. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku nanti. Doakan yang terbaik untuk aku ye.... 

2 comments:

Sweetie said...

semoga semuanya di permudahkan... kenapa nampak kurus sangat.

Naflyna said...

Amin. Terima kasih doakan. Ilusi optik je tu kak. Huhuhu.....