Wednesday, August 10, 2016

Aidilfitri 2016

Setelah tiga kali sambut aidilfitri di perantauan, akhirnya tahun ni dapatlah kami berhari raya di tanah air tercinta. Perkara yang paling best berhari raya di Malaysia sudah tentulah dapat berhari raya bersama ibu ayah serta kaum keluarga tersayang. Ziarah sana sini tu tak payah cakap la. Gi je mana-mana rumah sedara mara atau kawan-kawan masa hari raya, semuanya terbuka. Nak makan: Ketupat macam-macam jenis, lemang original, pelbagai jenis laksa, sate, puding raja, macam-macam yang biasa dan luar biasa boleh jumpa. Pendek kata nikmat dan kemeriahan juadah hari raya sangat dirasai.

Oleh kerana sebelum kami ke UK raya pertama di kampung suami, jadi kali ni raya pertama kami di kampung aku plak di Taiping. Tiap kali bila balik beraya kami akan balik dua-dua kampung. Cuma ikut giliran yang mana dulu je. Kebetulan tahun ni elok-elok je bila giliran beraya di Taiping, adik-beradik aku ramai yang beraya dulu di Taping jugak dan kebetulan jugak di Sik adik ipar aku balik beraya pada raya ketiga. Jadi bolehlah kami berjumpa lebih ramai ahli keluarga.

Tahun ni aku dan kakak aku yang sulung (Kak Yung) awal-awal dah bagitau kat abah kami supaya jangan buat lemang memandangkan keadaan kesihatan dia yang tak mengizinkan. Biasanya tiap kali raya dia akan buat tapi kali ni memang kami larang walaupun dia sebenarnya nak buat. Kak Yung banyak memainkan peranan tolong mak di dapur raya kali ni. Aku, adik aku Imah dan adik ipar aku Suzi tak mampu nak tolong yang berat-berat sebab masing-masing mengandung. Dalam kepala aku ada banyak benda nak tolong masak tapi bila sampai hari kejadian. aku tak berdaya nak buat sebab aku tak boleh berdiri/duduk lama. Apa pon rancangan kami beramai-ramai nak adakan bbq pada malam raya menjadi jugak.

Bbq menjelang raya

Sambil berBbq, budak-budak main bunga api


Selfie satu keluarga yang jarang kami buat sebab aku tak berapa suka dan dan tak pandai berselfie.



Keluarga Senawi dan Basilah. Cuma dua adik aku dan keluarga masing-masing je yang takde masa ni. 

Kutip duit raya dari Mak Pah

Dapat duit raya besar dari Pak Long n Mak Long (Kak Yung) tahun ni. Moga Pak Long n Mak Long lebih murah rezki tahun depan :)

Ismael n Ielyas with their cousins


Lepas sembahyang raya dan menerima kunjugan beberapa kumpulan tetamu, kami beramai-ramai pergi berhari raya di kampung mak di Bagan Serai dan kampung abah di Sungai Bakau. Tak jauh pon, dekat je. Malam baru kami balik semula ke Taiping. Raya kedua sekali lagi kami beramai-ramai pergi beraya di rumah mak sedara aku di Kebun Sireh, Pulau Pinang. Kami sebenarnya nak ke rumah pakcik aku pulak tapi sebab dia sekeluarga takde di rumah jadinya aku, suami dan anak-anak terus bertolak balik ke Sik.
Ziarah raya ke rumah adik lelaki aku yang nombor tiga yang tinggal di Bagan Serai. Isterinya yang pakai baju kaler hijau.

Beraya di kampung abah di Sungai Bakau

Beraya di rumah mak sedara aku di Kebun Sireh

Malam raya kedua tu ada event gathering kaum kerabat keluarga belah mak mertua aku. Memang sangat meriah dan ramailah berkumpul sebab mak mertua aku ada bilangan adik-beradik yang sangat ramai. Konsep pot luck yang dicadangkan oleh organizer memudahkan kerja menyedia dan mempelbagaikan hidangan untuk semua yang hadir. Esoknya raya ketiga kami sambung balik aktiviti berkunjung ke rumah sanak saudara di Sik dan Baling. Memang raya sakan lah tiga raya pertama tu. 

Gathering raya keluarga sebelah mak mertua. Ini hanya sebahagian saja yang ada dalam gambar. Ramai yang dah balik masa sesi bergambar ni.  

Raya ke-4 famili kami dan famili adik ipar aku Zeni buat plan pergi picnic. Asalnya nak gi picnic dekat-dekat je. Tapi sebab kawasan picnic yang terdekat ada notis supaya berhati-hati dengan kencing tikus, kami buat keputusan untuk ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong.  Oleh kerana cuaca panas, aku rasa tak berapa nak best lah mandi air panas. Kami hanya mampu terjun kolam air panas yang paling tak panas je. Huhuhu.....

Satu-satunya kolam air panas yang boleh kami terjun sebab yang lain panas sangat. Bukan setakat panas, dalam jugak yang lain tu. Jadi tak sesuai untuk budak-budak macam Ismael dan Ielyas.

Mata pon berkerut bila ambik gambar sebab panas sangat

Raya ke-6 (Isnin) baru kami balik ke Kuantan. Kami sengaja balik weekday untuk mengelak kesesakan jalan raya. So, anak-anak ponteng sekolah satu hari untuk minggu tu. Dalam perjalanan balik tu kami singgah jap di Ikea Damansara beli perabot dan kelengkapan rumah untuk menyedia ruang storage dan makeover rumah.

Weekend sepanjang Syawal tahun ni Alhamdulillah kami terima jemputan open house pagi petang yang tak putus-putus dari rakan-rakan dan kenalan sehinggalah tamatnya Syawal. Kiranya setiap hujung minggu kami tak payah memasak dan dapatlah concentrate kemas/makeover rumah. Sayangnya lupa plak nak ambik gambar kenang-kenangan bila berkunjung ke setiap open house. So, takdelah gambar nak tempek kat sini. 

Setiap hari sepanjang minggu kedua hingga ke akhir minggu Syawal pulak ada program ziarah Syawal dan Marhaban selepas solat Isyak di kawasan perumahan kami tinggal yang dianjurkan oleh jemaah masjid. Setiap malam biasanya jemaah masjid akan berziarah 3-4 rumah dan rumah terakhir yang diziarahi pada malam berkenaan akan disediakan jamuan oleh tuan rumah. Ismael dan Ielyas boleh katakan jarang miss lah join program ziarah syawal tu. Motivasi depa adalah dapat jumpa kawan-kawan, makan dan duit raya dari tuan rumah yang diziarah. Kadang-kadang tu papa depa yang agak kemalas-malasan jadi semangat pergi sebab anak-anak request nak pergi. Ismael dan Ielyas kira sampai boleh hafal selawat yang dilaungkan dalam setiap ziarah. 



Beratur ambik duit raya dari tuan rumah. Tapi kami bagitau Ismael dan Ielyas duit raya tu bukan matlamat bila berziarah dan syukur alhamdulillah depa tak kisah kalau tak dapat pon.




Ismael ngan Ielyas memang nampak seronok sangat sambut raya tahun ni. Jumlah duit raya terkumpul depa tahun ni memang di luar jangkaan kami. Alhamdulillah, setiap sorang dapat lebih RM600. So, adalah simpanan akaun tabung haji lebih sikit untuk depa tahun ni.  

Semoga Syawal tahun depan lebih bermakna dan meriah dengan kehadiran ahli keluarga baru buat kami sekeluarga. InsyaAllah.

No comments: