Selepas balik ke Malaysia kami perhatikan banyak gerai menjual pelbagai makanan dan minuman, pagi dan petang bahkan malam pon ada di merata tempat di kawasan perumahan kami tinggal terutamanya sepanjang jalan masuk utama. Kalau pagi standard la ada jual nasi lemak, nasi minyak, mee goreng, bihun goreng, kuih-muih dan macam-macam lagi. Petang-petang ada jual goreng pisang biasa or with cheese, teh ais kaw, nasi kerabu, kuih-muih, keropok lekor dan macam-macam lagi lah dari yang jenis biasa hinggalah ke luar biasa.
Kepelbagaian tu dah best dah. Yang tak bestnya, yang jual nasi lemak tu kebanyakannya kedekut bebenor nak letak ikan bilis. Aku kalau nasi lemak takde ikan bilis (aku prefer ikan bilis goreng) aku tak rasa nasi lemak tu complete. Biasanya depa letak 4-5 urat bilis je. Memang sadis! Yang lagi parah, masa tengah bungkus nasi lemak depan kita tu kalau dia letak ikan bilis terlebih sikit, siap kutip ambik balik dari bungkusan! Adoi, kedekut giler! Nak kata kalau letak ikan bilis lebih sikit akan jadi tak untung, ada je satu gerai ni aku jumpa yang kira generous ikan bilisnya. Suami aku kata, itu meniaga macam nak pi haji esok. Huhuhu. Dan aku memang pangkah semua nasi lemak dari gerai yang kedekut ikan bilis tu. Aku akan pangkah banyak-banyak kalau nasi lemak tu kedekut ikan bilis dan nasi lemaknya pon tak sedap tara mana.
Lagi satu yang tak best, bila part beli nasi kerabu, takde keropok ikan. Yang peliknya, Pahang ni negeri Pantai Timur, punyalah sinonim dengan keropok ikan. Aku beli nasi kerabu kat Taiping yang dok dalam negeri Perak pon ada letak keropok ikan. Memang sangat frust bila makan nasi kerabu takde keropok ikan. Jadinya bila aku nak beli nasi kerabu aku akan tengok ada letak keropok sekali tak. Kalau takde memang baisanya aku tak jadi beli kecuali teringin sangat.
Ikan bilis ciput dalam nasi lemak dan keropok ikan hilang dari nasi kerabu ni bukan saja yang dijual di kawasan perumahan kami malah aku perhatikan di merata-rata gerai dan kedai makan yang kami pernah cuba di Kuantan ni. Tak payah le bagitau aku suh masak sendiri. Kang sapa yang nak jadi pembeli ye tak? Hehehe.....
Nota kaki:
Yang aku tak pangkah yang bagi free je. Hehehe.....
No comments:
Post a Comment