Saturday, January 26, 2013

University, Department n Postgrad Workspace

 

Kali ni aku nak story plak pasal tempat aku dok memerah (perkataan yang sangat hebat dan mungkin kurang tepat untuk aku gambarkan tahap kerajinan purata yang aku ada. huhuhu...) akal fikiran mengkaji apa yang aku kena buat sepanjang 3 tahun (harapan tinggi ni habis 3 tahun. kuang3x) aku berada di Univ. of Sheffield.

Korang jangan tanya aku universiti ni besar mana sebab aku pon tak pastikan lagi. Bak kata suami aku, ntah2 sampai kami dah habis study pon kami tak tau universiti ni besar mana sebab tak tau mana hujung pangkalnya, kira besarlah. Yang aku kata tak tau hujung pangkal di sini sbb universiti ni mana ada pintu gerbang keluar masuk dan pagar macam universiti tempat aku berkhidmat. Univ. of Sheffield adalah universiti dalam bandar. Selang satu bangunan department aku tiba-tiba ada pasaraya Tesco (beribu-ribu student keluar masuk beli barang setiap hari kecuali masa semester break), KFC dan macam-macam kedai termasuk beberapa kedai makanan halal. Tiba-tiba plak sebelah student apartment ada deretan pub. Dalam celahan bangunan universiti ada plak seketul muzium dan hospital.  Tapi universiti ni takdelah terlalu scattered macam satu universiti di utara Malaysia nun. Kiranya masih bersambung-sambung sebab wujud jaringan yang tidak memisahkan satu bangunan dengan satu bangunan universiti yang lain. 

Tesco

Pemandangan dalam salah satu kedai jual makanan halal. Kadang-kadang kami lunch kat sini. Beli satu meal n share dua orang. Kalau makan sorang-sorang sah tak habis sebab banyak sangat. Paling sedap kat kedai ni adalah kebab dia. Tak pernah jumpa lagi kat Malaysia.

Selain tu dalam universiti ada laluan trem. Bas mestilah ada juga. Kami gi universiti naik bas turun bas (mestilah turun kan....). Kami paling syok kalau dapat naik bas double decker sbb boleh tengok pemandangan sekeliling lebih jelas. Dengan hanya tunjuk university student card kami hanya perlu bayar £0.60 untuk satu hala perjalanan, tak kisahlah sejauh mana instead of kena bayar £1.40. 

Ini tempat kami tunggu bas untuk balik ke rumah. Jalan ni adalah laluan trem jugak.



Department aku dan hasben (kami sama department), ada beberapa bangunan sendiri. Yang aku tau ada 3. Tak tau la plak kalau ada bangunan lain lagi. Satu bangunan besarnya lebih kurang besar macam fakulti aku bekerja di Malaysia.


Bangunan pentadbiran department dari pandangan belakang. Nak amik dari depan segan takut kantoi dengan supervisor. Hahahaha....Taklah, just kebetulan lalu kat belakang tu n pegang kamera tu yg trus snap

 University bookstore. Sebelahnya library yang menempatkan kebanyakan koleksi buku science n engineering. Bangunan sebelah plak adalah bangunan gambar seterusnya.

Salah satu daripada 3 bangunan tadi menempatkan bilik-bilik postgrad students di mana bilik kami berada, beberapa lab, dan juga beberapa dewan kuliah. Dua bangunan lain pon ada bilik postgrad students jugak. Dalam bilik aku sahaja ada lebih 20 orang student PhD. Bilik hasben pon sama. Tapi tak semua pengunjung setia, mujur juga. So, kebisingan pada tahap minimum lah kiranya. Yang aku tau, di department kami takde budak master by research. Sebab tak pernah jumpa pon. Master program kat department kami aku percaya by course saja. Tapi yang amik master memang sangat ramai. Ada satu master course yang aku kena attend ni memang penuh la lecture hall nya. Rasa ada le kot dalam 60 orang. Itu baru batch yang aku nampak. Mesti ada lagi batch lain.

Bangunan di mana terletaknya bilik postgrad aku n hasben ditempatkan. Workspace aku tingkat paling atas, tingkap nombor 4 dari kanan.

Nampak tingkap kaca panjang kat gambar atas? Dari tingkap tu bila naik/turum tangga akan nampak pemandangan ni.

 Ini salah satu daripada dua pintu masuk ke bilik postgrad aku ditempatkan

My workspace

Baru aku sedar orang tak nampak dari sini aku tgh buat apa. Hahaha.....

Pemandangan dari tingkap tepi meja aku

Mari kita tengok suasana sekeliling tempat kami menimba ilmu (cewah...bunyi baik pulak). Gambar-gambar yang aku letak kat sini hanya pemandangan sekeliling department kami sahaja. Tempat lain cantik-cantik lagi.

Mula-mula sampai dulu kami lunch kat taman ni, Tapi sebab sejuk sangat kami makan kat dalam bangunan gambar kat bawah. Sebelah je dengan taman ni, tapi masa awal-awal tu tak tau ada tempat lepak yang sangat cosy dalam tu.

Inilah bangunan tempat kami lunch skang ni. Bangunan ni chemical department punya sbenarnya. Dalam bangunan ni toiletnya mengalahkan 5-star hotel. Betul....serius toiletnya sangat mengancam

Hasben surf internet sementara tunggu aku habis makan. Antara port biasa kami menikmati bekal lunch.

Ok, aku pon nak satu kenangan. Hari lain takde masa dah nak bergambar

Ini salah sebuah bangunan fakulti aku. Dalam bangunan ni ada surau.

Gereja ni terletak opposite dengan bangunan dalam gambar kat atas. Dalam tu ada dewan kuliah kalau tak silap. Masa mula-mula kami tak tau yang ni adalah gereja. Pastu nampak ada batu-batu macam tempat boleh lepak. Kami ingatkan untuk duduk-duduk. Skali tengok, erkk....kubur! Hahahaha

 Ini surau perempuan. Perjalanan ke sini dari bilik postgrad yang aku dok dalam lebih kurang 5 minit jalan kaki

Laluan pejalan kaki sebelah kiri adalah laluan biasa kami ke surau. Bangunan yang menempatkan bilik postgrad kami terletak sebelah kiri, antara bangunan putih n bangunan bata merah, yang macam ada tingkap panjang tu.

Pandangan dari arah bertentangan pulak

Ini jalan nak ke bangunan pentadbiran department kami yang juga terletaknya bilik supervisor kami. Nampak lengang sebab masa aku ambik gambar ni tengah winter/christmas break.

6 comments:

Nora Jamil said...

wow.. nice! siap ada surau ok. jeles nih, jeles.. ehehe. :)

fizz said...

aah penerangan yg detail, dapat bayangkan life akak kat sana :D

Naflyna said...

Tu la...ms mula sampai dulu dok risau jugak nak smayang kat mana. Lega sgt bila tau surau tu dekat je dgn bangunan kami dok

Naflyna said...

Post ni literature review sampingan ni. Hahaha....

Unknown said...

haah lah...jeles nyer u ader surau...
I solat kat area meja i jer...tu pun xder partition, dlm bilik tue ader lah 6 org first year postgraduate students...two of us women and i'm the only one muslim...but, it's okey...janji i boleh solat...

Naflyna said...

Alhamdulillah kami ada surau. Cuma minggu lps dah start tak boleh masuk building tu lepas office hour sbb dah start rule baru. So, kami solat kat satu bilik (bukan bilik juga sbenarnya) yg agak isolated dan memang sgt jarang orang lalu situ, dekat ground floor bangunan kami dok. Mujur ada toilet utk disable. Jd agak selesa jugaklah nak amik air sembahyang. Nafri pon kekadang solat je kat tepi meja dia. I punya tempat tak muat nak ngadap kiblat kalu orang blakang ada kat meja dia.