Tuesday, January 15, 2013

First Snow

Sejak mula winter lagi kami dok berharap dapat merasai pengalaman snow. Maklumlah, kat Malaysia mana ada snow. Saban hari dok tengok weather forecast dan berharap dapat tengok lambang snow flakes dalam weather forecast di internet yang menandakan kemungkinan akan ada snow. Dan akhirnya malam tadi masa tengah dok sibuk main ngan anak-anak (ibu bapa mithali la katakan. cewah...hehehe.....) tetiba Aisyah turun tangga dari atas umah n dengan excitednya bagitau snow dah turun. Dan sepantas kilat berdesup kami anak-beranak keluar rumah, perak nak tengok snow. Hahaha....Mat salleh sekeliling umah kami rilek je.....Kami je yang ada kat luar. Sah, memang perak. Tapi aku tak plak beria nak snap foto sebab kamera aku bukannya canggih mana untuk meng'capture' salji di bawah cahaya suram lampu jalan. Kalu aku amik jugak n tempek kat sini mesti korang boleh pikir: Tak nampak macam ada salji pon n macam suasana kat bawah lampu jalan Indera Sempurna je...

Bila bangun pagi nak smayang subuh tengok salji nampak ciput je, kecewalah jugak. Kami suami isteri decide gi universiti macam biasa. Research mesti menjadi keutamaan (ayat macam bagus tak boleh blah). 

Snow baru test power. Pemandangan bertentangan dengan rumah kami.

Sebelum gi universiti sempat lagi posing sebab takut tak berpeluang nak tengok snow lagi untuk tahun ni.

Dalam perjalanan nak ke universiti berhenti skejap di Darnall Community Park bergambar lagi.

Bila bas yang kami naik nak ke universiti masuk kawasan city dah mula nampak snow turun lagi. Sronok sangat dapat tengok snow dari atas bas. Sampai universiti aku on computer memulakan rutin harian cek email kot2 ada info penting atau mesej dari SV. Pastu buka report yang tengah dalam proses mengarang tapi ntah bila nak boleh habis, dan baru karang satu ayat tup2 tengok di luar tingkap snow turun makin lebat. Excited lah plak n aku ajak hasben gi amik gambar kat luar. 

Dalam kawasan universiti




Tak lama lepas sesi bergambar, landlord kami sms n suggest kami balik kalau nak main snow sebab kalau orang lain dah main dulu dah tak best dah sebab bekas orang dah main. Kami pon apa lagi. Terus cepat-cepat kemas barang dan balik umah.

Sampai umah kami cepat-cepat pakaikan snowsuit pada anak-anak. Snowsuit dah beli lama dah sbb memang excited nak main snow. Hahaha....Pastu kami ke High Hazels Park, tempat yang dicadangkan oleh landlord, lebih kurang 5 minit dari umah. Landlord siap offer pinjamkan slide untuk kami main. So nice. Sampai sana kami sungguh teruja sbb nampak kawasan padang putih yang sangat luas. Cantik sangat.

Ismael dan Ielyas dah siap sedia nak gi main snow

Snow nyer taklah tebal mana tapi masih bolehlah nak main slide dengan riangnya. Kami main slide sekeluarga sampai letih. Yang terlebih sronok sbenarnya kami laki bini. Anak-anak rilek je. Ielyas muka macam takde perasaan. Diam je. Tertelentang pon senyap je. Huhuhu....

High Hazels Park





 


Pengalaman first snow kami sangat best! Pengalaman yang tak mungkin dapat kami lupakan. Many thumbs up!

2 comments:

fizz said...

hahahha

memang muka mak ayah nya yg eksaited lebih-lebih nih...anak2 relaks je kan :D

Naflyna said...

Hahaha...betul dah rsnya. Blom pon kami laki bini puas main Ismael siap ajak balik. Dia kata sejuk. Hahaha....