Tuesday, January 15, 2013

Conisbrough Castle

5 Januari 2012 (Sabtu)

Penerokaan county Yorkshire kami yg seterusnya adalah ke Conisbrough Castle, 15 minit perjalanan dari rumah kami. Yorkshire ni kira macam satu daerah. Sheffield dok dalam Yorkshire county. Particularly, Sheffield adalah South Yorkshire. Setakat ni most tempat yang kami gi jalan-jalan yang dekat-dekat dengan bandar Sheffield ni aje. Paling jauh hari tu masa kami gi York, ke National Railway Museum yang aku citer dalam post yg lepas. Tunggulah masa yang betul-betul sesuai utk jalan-jalan jauh skit. Alhamdulillah dapat jalan tempat dekat-dekat Sheffield ni pon dah cukup sronok dan mampu meleraikan sikit kekusutan fikiran bila dapat tengok anak-anak ceria. Sian Ismael ngan Ielyas yang hampir setiap hari sebak bila kami nak ke universiti. Budak-budak....biasalah....kecik sangat pulak tu, manjalah sikit.









Dah nama pun castle. Mestilah milik keturunan raja-raja. Kiranya lawatan kami kali ni adalah lawatan ke tempat bersejarahlah. Conisbrough Castle ni taklah besar sangat seperti yang korang mungkin bayangkan. Kecik je. Luas kawasan castle lebih kurang sebesar satu padang bola baling. Besar skit lagi kot. Bangunan castle tak wujud sepenuhnya. Cuma tinggalan sebahagian bangunan saja tapi masih lagi nampak rekabentuk utamanya. Tarikan castle ni selain dari nilai sejarahnya adalah pemandangan yang dapat dilihat dari puncak castle. 

Struktur asal castle yang digambarkan dalam bentuk miniature

Pemandangan dari puncak castle

Lagi pemandangan dari puncak castle. Kalau tengok betul-betul nampak landasan keretapi yang ala-ala dalam citer Harry Porter.
Masuk kena bayar, 4.60 pound untuk sorang dewasa.  Mahal jugak aku rasa sbb taklah sepadan sangat dengan apa yang kami dapat. Tapi oleh kerana castle ni dekat dengan Sheffield, hantam sajalah. Hahaha....Mujur dapat tengok pemandangan cantik. Kalau tunjuk student card bolehlah dapat 10% discount.

Oh, kat sini kami cari tempat nak ke mana-mana dengan bantuan encik Garmin. Di UK ni kalau kita ada poskod tempat yang nak dituju encik Garmin akan tunjukkan jalannya. Jadi tak perlu susah-susah nak taip nama tempat yang sesetengahnya panjang dan sama/serupa plak dengan nama tempat yang lain.

No comments: