Sunday, December 2, 2012

The Old Trafford n Al-Jazeera

Kali ni nak citer pasal our visit to Old Trafford Stadium (10 November 2012), tempat paling heaven bagi penyokong pasukan bola sepak Manchaster United (MU) a.k.a The Red Devil. Oh, aku tak brapa suka nama "The Red Devil" tu. Lawatan kami ke Manchaster sbenarnya kerana untuk tujuan utama yang lain, bukan lah nak ke Old Trafford stadium semata-mata. Tapi oleh sebab dah terlanjur sampai ke Manchaster, kami buat plan sambil menyelam minum air. Kalu ke Manchaster semata-mata nak ke stadium, rasanya taklah berbaloi sangat. 

Tujuan utama adalah untuk refund filght ticket di kaunter Emirates kat Manchaster Airport yang akhirnya diberitahu oleh Emirates executive yang cun amat tu bahawa kami perlu berurusan dengan agent di mana kami beli tiket tu. Mujur kami masih simpan detail agent dan orang yang telah kami berurusan masa beli tiket tu di Kuantan, Pahang. Jadi urusan refund tu telah kami buat dua hari selepas balik dari Manchaster through a phone call.

Saja sibuk nak bergambar sebab aritu masa mula-mula sampai UK di Manchaster Airport ni kami tak sempat nak bergambar. So, nak simpan kenangan inilah airport yang kami terkandas agak lama sebab datang masa peak season iaitu tatkala budak undergrad juga nak mendaftar dan mula sesi pengajian baru

Aku n hasben tengah discuss pasal our next action untuk refund ticket. Alhamdulillah, anak-anak sabar menunggu

Back to the story pasal visit ke Old Trafford stadium, aku takle pernah berhajat nak masuk ke stadium tu. Tapi untuk memenuhi keinginan hasben yang bersungguh nak tengok stadium tu, jadi aku pon on sajalah. But I think I enjoyed it eventhough I don't really know who are the MU players. Hahaha....Apa yang menarik pasal stadium ni? Kalau yg minat the MU football club, nama macam Wayne Rooney, lagenda bola sepak Eric Cantona dan tak ketinggalan jurulatih MU, Alex Ferguson adalah antara nama-nama popular yang sinonim dengan The Red Devil. Ha...kat stadium ni lah tempat nama-nama ni beraksi yang disaksikan oleh around 75,000 peminat bola sepak secara live di stadium dan jutaan peminat lagi di kaca tv seluruh dunia. Mungkin bila dibandingkan dengan jumlah penonton yang boleh ditampung oleh stadium Bukit Jalil, Old Trafford stadium macam tak ramai je, tapi kalu korang dapat tengok sendiri tempatnya, fuh....giler canggih! Dan juga lawa sangat....



Oooppss...lupa mention, kami melawat stadium ye, bukan masuk stadium untuk tengok MU lawan dengan club lain ok. Melawat saja pon dah harga tiket 16 Pound per adult. Kalau student macam kami dapat diskaun 2 Pound dengan tunjuk university ID card, so bayar 14 Pound. Mujur anak kami kecik lagi jd dua-dua orang masuk free. Tapi harga tiket untuk tengok satu live match jangan mimpilah angka puluh-puluh. Tapi ratus (Pound Sterling OK, duit Malaysia darab lima kira cecah ribu) malah aku percaya ada yang ribu kalau exclusive seat. Seat yang disediakan ada macam-macam jenis bergantung pada kedudukan dan jenis seat. Kalau yang dekat dengan players tunnel atau grand stand tu memang mahal le. Ada juga seat special yang disediakan dalam bilik-bilik berkaca khusus untuk mereka yang nak menonton bola sepak sambil minum kopi dengan meja kopi disediakan skali. Untuk disabled people pon ada disediakan seat khas. 

Harga tiket yang dibayar adalah untuk lawat museum and stadium tour. Tapi kami x sempat nak lawat muzium sebab takut terlewat solat Asar.

Tour kami dibuat secara berkumpulan bersama pelawat yang lain n guided by a tour guide. So, tour guide tu bagitaulah apa yang special pasal stadium tu n kita juga boleh tanya soalan jika kita mau. Kalau kita tengok saja sendiri, sah rasa tak berapa menarik sangat especially utk orang macam aku yang tak berapa tahu sangat pasal bola sepak. Kami di bawa melawat beberapa point yang signficant dalam stadium. Yang paling menjadi perhatian camera flash visitors adalah MU player dressing room. 






Kalau tengok bbetul-betul, di bawah perkataan "ADORED" tu ada bilik-bilik kaca. Itu untuk yang nak menonton bola sambil minum kopi




Ini memang bilik persalinan sebenar ok. Bilik ni berkunci sebelum kami masuk. Di sinilah pemain MU salin baju n Sir Alex Ferguson explain strategi masa waktu rehat berlangsung dalam satu perlawanan. Ada 2 whiteboard yang sama kiri dan kanan tv.
Players tunnel, pandangan dari dalam. Mahal ooo....gambar kat sini

Players tunnel, pandangan dari luar
Rumput dia memang nampak macam fake grass but it is not. Padang bola kita tak boleh tanam rumput camni sebab cuaca kita lain

Seat kaler hitam tu special untuk jounalists. Lengkap dengan komputer untuk depa trus menulis laporan berita tentang perlawanan yang sedang berlangsung

Ini tempat penonton ambik sos untuk burger/hotdog dan seumpamanya. Ada banyak tempat di dalam kawasan stadium. Boleh ambik sesuka hati. Kalau kat Malaysia letak macam ni aku rasa botol-botol tu takkan wujud lagi kat situ, sah ada yang berkenan.

Lepas selesai solat Maghrib di sbelah kereta kami di kawasan parking kat stadium (kami parking kat kawasan isolate skit supaya tak rasa janggal nak solat first time di kawasan terbuka) kami pusing-pusing di Manchaster city centre. Tu yang boleh terbeli beg Cath Kidston yang aku citer dalam previous post. Lepas pusing city centre tu ingatkan nak trus balik. Tapi oleh kerana terasa lapar plak, kami finally decided to go to Al-Jazeera. Oh, jangan salah faham, kami bukan ke stesen berita Al-Jazeera tapi kami ke restoren Al-Jazeera yang famous di kalangan pelajar Malaysia di Manchaster. Restoren ni adalah restoren jual makanan arab. Kami order nasi Mendy (half chicken with rice) utk setiap sorang. Disediakan juga salad skali. Sedap...nasi dia lembut n rasa ayam berempah dia agak berbeza dengan ayam berempah lain yang pernah aku rasa. Kebetulan kami juga tengah lapar, lagi sedaplah rasanya.

Inilah rupa nasi mendy

Senyuman manis suami isteri. Cewah....!

So, misi utama kami gagal tapi sekurang-kurangnya kami tahu our next action. Perjalanan kami ke Manchaster selama 50 minit dari Sheffield taklah sia-sia kerana kami berpeluang melawat Old Trafford Stadium dan makan di restoren Al-Jazeera yang aku dengar cerita pasal kesedapan nasinya dari Malaysia lagi. Kalau korang berpeluang melawat Manchaster n minat MU, the Old Trafford Stadium is a must place to visit. Kalau yang tak pernah tau macam mana permainan bola sepak itu dimainkan n no idea at all who is Wayne Rooney, forget it.  Tapi jangan lupa cuba Nasi Mendy kat Al-Jazeera.

2 comments:

Anonymous said...

Kami pun suka nasitu dan harga juga berpatutan.highly recommended! Uwaaaa lyna, teringin dah ni.bilalah bleh pi sana lagi.hikhikhik.

Ana

Naflyna said...

Kena mai datang bercuti sini Ana. Kumpul duit banyak2 :)